Skip to main content

K-drama di Netflix, Cerita Apa Yang 'Best'?

Kenapa Kdrama? Kmovie tak sebanyak kdrama di Netflix. Ada yang dah tonton pun macam Time To HuntAliveRampantMemories of MurderThe Prison. Sesiapa yang belum tonton Parasite, sila tonton. Ada beberapa filem yang saya idamkan nak tonton tetapi tak ada pula di Netflix.

Melayan k-drama sejak langgan Netflix, setelah agak lama tak menonton. Campur-campur. Gabungan cerita lama dan baharu. Baca saranan kawan-kawan yang sama-sama meminati k-drama di Facebook tetapi dalam-banyak-banyak drama itu hanya Flower of Evil paling menambat hati. Kisah seorang yang mempunyai gangguan antisosial (tidak mempunyai emosi) yang dituduh rakan subahat pembunuh bersiri bersama mendiang ayahnya sendiri. Memang Wow! Sebenarnya lama juga menunggu Flower of Evil 'muncul' di Netflix. Sempat habis tengok drama lama Lee Joon Gi, Two Weeks dan Arang and The Majistrate di Netflix. Tak payah cari Two Weeks dan Arang and The Majistrate dalam Netflix, sudah tiada ya. Drama lakonan Lee Joon Gi cuma tinggal Flower of Evil sahaja. 

Selain Flower of Evil, saya sarankan anda tonton It's Okay Not To Be Okay. Saya sudah tonton lama sebelum langgan Netflix. Memang cerita yang bagus. Kisah tentang perbezaan seseorang melalui prespektif orang ramai tetapi mereka sebenarnya tak ada bezanya dengan orang normal. Siapa yang berbeza ni? Dalam drama ini penghidap Autism dan pesakit mental. Ada seorang kenalan facebook menyarankan untuk menonton drama Move To Heaven. Wah pucuk dicita ulam mendatang. Ini genre yang saya suka.  

World of Marriage pun sama. Sebelum langgan Netflix lagi, tonton semasa tengah panas diperkatakan tetapi saya lebih sukakan VIP. Saya suka tengok Kim Hee Ae berlakon tetapi saya tidak suka dengan watak yang dilakonkannya dalam cerita ini. Faham ini drama inspirasi dari drama Barat iaitu Doctor Foster. Mungkin sebab saya tak suka dengan dendam, balas dendam yang tak berkesudahan dan melukakan orang yang tak bersalah. Suka pada watak utama Na Jung Sun lakonan Jang Nara yang kuat dan ada kelas. Memang tak boleh lari daripada rasa kecewa, marah dan perasaaan tak puas hati dengan suami yang curang dan si perampas. Tapi tak boleh lawan, teruk rasanya apabila menonton drama Love, Marriage and Divorce. Jarang saya tak habiskan sesuatu siri drama yang saya dah mula tonton. Tambah sudah hampir ke penghujung siri. Minta maaf yang ini memang tak boleh layan lagi. Menyampah kau ha. Seboleh-boleh nak juga nak 'menegakkan benang basah'. Ini memang pangkah. Siap rasa menyesal tengok tengok hahaha. Ada pula musim kedua lagi sambungannya. Siapa hendak tengok, tengoklah. Citarasa setiap orang tak sama.

Sama macam Crash Landing On You, semasa meletup panas saya tak tonton pun. Ini drama berbayar tambahan dalam Astro sama macam drama kegilaan ramai, Goblin dan Descendants of The Sun. Tak ada la nak bayar lebih untuk itu pula. Walaupun Yoo ah In berlakon dalam Chicago Typewriter. Berpeluang tonton setelah demam drama ini reda. Menonton Crash Landing On Yousaya banyak skip menonton aksi romantis. Hahaha. Orang memang nak tengok drama romantik ini tapi babak-babak romantik hujung-hujung siri memang skip je. Faktor umur kah? Cuma kalau selama ini asyik tengok cerita-cerita memburukkan Korea Utara termasuk rakyatnya, cerita ini berbeza. Meraikan. Lebih berbentuk perpaduan.

Vincenzo dan Sisyphus tonton separuh sahaja. Entah kenapa hilang minat sebab asyik tertidur ketika menontonnya. Nanti-nanti hendak sambung tengok. Drama-drama Saeguk belum mula tonton kecuali Kingdom.  Kingdom ditonton kerana pengaruh suami. Menunggu sambungannya di Netflix. Hospital Playlist di luar jangkaan saya. Rupa-rupa kisah hidup para doktor. Ringan sahaja siri ini dan sedang bersambung siri yang baharu sekarang ini. Ada banyak siri drama doktor dalam Netflix. Doctor, Doctor Stranger, Prisoner Doctor, Romantic Doctor Teacher Kim, Doctor John, Yong Pal. Memang banyak. 

Romance is a Bonus Book, My Love From The Star dan The King: Eternal Monarch sesuai untuk tontonan santai. 

Stranger agak menarik juga dengan kisah seorang pendakwa raya yang kurang rasa empati kerana sejarah penyakitnya yang terlebih sensitif ketika kecil. Selepas pembedahan otak, jadi kurang empati. Tonton habis dua siri. Selepas tonton lakonan Cho Seung Woo dalam Stranger sambung menyambung tonton Life dan Sisyhus. Life drama tentang doktor dan hospital tapi lebih tertumpu pada pengurusan hospital. Partners  For Justice pun menarik, kisah tentang ahli forensik. Selalu kisah doktor, kali ini layan kisah forensik. Macam tengok CSI la. Tak ada sambung siri ini lagi ke? Kesudahan tergantung. Signal lakonan Lee Je Hoon pun menarik. Fantasi realiti. Lagi satu kenapa Netflix tak ada siri Taxi Driver


Kalau cerita percintaan dua darjat sesama pelajar The Heirs memang pilihan saya. Boleh ditonton tanpa jemu. Kalau fantasi realiti, W Two Worlds Apart boleh tonton tanpa jemu. Dalam banyak-banyak drama lakonan Lee Jong Suk, saya suka lakonannya dalam drama ini. Walaupun ramai orang mempertikaikan kemenangan besarnya melalui drama ini. Saya suka cerita benar yang dibukukan atau diangkat ke layar perak, namun The Hymn of Death bukan pilihan saya. Boleh perasankan saya menonton kdrama berdasarkan pelakon. 

Racket Boys macam menarik tapi belum ada kesempatan. Kalau ada masa nanti nak tonton drama keluarga yang ringan-ringan ala-ala Five EnoughSky Castle lebih kepada cerita persaingan merebut tempat sambung belajar di universiti berprestij. Ada juga kisah curang juga. Biasa k-drama, orang-orang kaya mesti ada kisah curang. Mesti ada anak luar nikah. Satu yang saya perasan di Korea, kalau pasangan bercerai yang jadi mangsa anak-anak. Ada perceraian memang perlu kerana pasangan kaki botol dan seumpama dengannya. Cuma konsep walaupun sudah berpisah itu tetap anak engkau, memang payah nak tengok dalam drama. Mesti anak dilarang terus daripada berjumpa atau berhubung. Malah nama keluarga pun ditukar. Soal nafkah pun tak ada. Kalau anak ikut ibu, si ibu akan tanggung anak sepenuhnya. Kasihan anak. Mine pun kisah orang kaya tahap dewa di Korea Selatan. Pun ada kisah anak luar nikah. Ini siri baharu. Belum habis tayang lagi di Netflix. Setiap Sabtu dan Ahad ada episod baharu, sempat dengan tidak menontonnya je. Nama pun kerja kan. Tambah dengan anak-anak dan kerja-kerja rumah lagi. Netflix ini kita layan masa senggang sahaja. 

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...