Semua orang punya sisi baik dan buruk masing-masing. Nama pun kita ini manusia. Bukan maksum pun.
Marah dan zalim, dua perkara yang berbeza. Kau berhak untuk rasa marah tapi kau pun mesti tahu cara hendak mengawal kemarahan kau tu.
Kalau begini cara menterjemahkan rasa marah, habis rosak binasa dunia ni. Wajarkan kalau orang lain mengutuk cara marah itu diterjemahkan. Niat takkan menghalalkan cara, Dik. Negara kita ada undang-undang.
Sekiranya benar ada maklumat yang dapat membantu, tak mungkin keluarga yang telah berhabis bergolak gadai mengupah peguam akan mendiamkan diri. Barisan peguam pun bukan calang-calang. Nama-nama hebat yang pernah menang kes-kes profil tinggi. Bukan murah kos guaman, Dik. Bukan seratus dua. Ini kes berprofil tinggi.
Comments
Post a Comment