Skip to main content

Kedai Buku Online

Terjebak dengan pembelian buku online semakin menjadi-jadi pula tahun ini. Kena kawal diri. Lagi susah daripada hendak mengawal diri daripada masuk ke kedai buku. Aduhai makin menjadi-jadi pula sejak duduk di Pembangunan Koleksi. Huh!



Buku-buku ini yang dipesan dari MPHonline. Tawaran penghantaran percuma jika jumlah yang dibeli melebihi RM 180.00. Satu jumlah yang besar juga perlu dibelanjakan. Tapi kadang-kadang tak sedar, memang dah belanjakan lebih daripada itupun. Ada juga tawaran potongan harga bagi buku-buku terpilih sekiranya dibeli melalui talian. Cuma tidak banyak tawaran bagi buku-buku keluaran tempatan.


Ini buku-buku yang dipesan dari Ujana Ilmu. Urusannya cepat. Maklum balas daripada pihak pengurusan juga  cekap. Selesa berurusan dengan Ujana Ilmu.



Buku-buku ini adalah yang dipesan dari Kedai Buku.com. Bagi yang berminat dengan buku-buku terpakai, boleh cuba mencari di laman Jualan Buku. Saya pernah tulis entri tentang buku terpakai sebelum ini. Alhamdulillah, setakat ini perkhidmatan dari kedai-kedai buku online, yang diterima memuaskan. Kalau hendak cuba silakan. 

Ini bukan apa, alternatif terutama bagi saya yang sudah digam oleh encik suami daripada masuk ke kedai buku. Itulah, beli baju baru, kasut baru, beg tangan baru memang jarang-jarang tapi beli buku, tiap-tiap bulan. Sampaikan emak bagi cadangan, buat rak buku di rumah. Koleksi buku sudah boleh buat perpustakaan di rumah. Hmmm mesti berusaha kawal diri.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...