Skip to main content

Tempahan Sulung: Kek Sarang Lebah @ Gula Hangus

Ada orang panggil kek sarang lebah dan ada yang gelar, kek gula hangus. Jujurnya saya belajar buat kek sarang lebah atau kek gula hangus kerana ayah suka sangat kek ini. Ayah susah hendak suka satu-satu jenis makanan. Sekiranya suka, maka memang seronok menjamunya. Lagipun kek gula hangus ini, tidak begitu susah untuk dibuat. Lain dengan halwa maskat, tepung talam, alamak memang susah untuk dibuat. Ini bukan alasan, betul!

Hujung minggu lepas, saya bakar sebiji kek gula hangus untuk ayah. Saya beritahu emak, ini 'rasuah' sebab saya 'pinjam' emak lama sangat. Emak ada di rumah saya seminggu kerana anak-anak saya demam dan muntah-muntah. Seminggu? Lama? Lamalah tu sebab ayah kerja, mana nak ingat ayah lagi, adik-adik lagi, rumah lagi, kucing lagi. Maklum saya sendiri, tidak dapat hendak bercuti panjang-panjang. Kena guna talian hayatlah, apa lagi? Tapi jangan salah faham, saya tetap uruskan anak ke sekolah dan memasak selepas balik dari kerja. Sebenarnya kehadiran emak di rumah memang sangat melapangkan tambahan pula waktu-waktu anak-anak sedang sakit. Kesudian ayah membenarkan emak menjaga anak-anak kami juga satu kelegaan. Sebab itulah saya cuba sediakan sesuatu (yang sangat kecil jika dibandingkan pengorbanan mereka) sebagai tanda terima kasih.

Melihatkan bukan ayah sahaja sukakan kek ini, suami dan anak kecil saya pun suka juga. Petang semalam saya bakar sebiji lagi. Guna resipi newbie123 dari myresipi. Memang sudah lama saya gunakan resipinya. Tak percaya, tengok gambar. Alhamdulillah, memang sedap dan tidak begitu manis. Terima kasih newbie123. Saya beri sedikit pada jiran-jiran di rumah. Tup tup tup, rezeki datang bergolek daripada Allah SWT.


Tanpa disangka-sangka, Mak Cik Tipah jiran sebelah rumah saya, menempah sebiji kek gula hangus. Dalam hati, biar betul!. Betullah tu. Inilah kek sarang lebah atau gula hangus untuk Mak Cik Tipah. Terima kasih Mak Cik Tipah.


Saya beritahu Mak Cik Tipah, ketika hendak keluarkan kek dari loyang, ada terlekat sikit di bawahnya. Silap saya tak tabur tepung sedikit sebelum masukkan adunan ke dalam loyang. Cacat sikitlah bahagian bawah kek itu. Mak Cik kata, "Tak apa, bukan mak cik nak hiaspun kek tu. Nak potong, makan". Huh lega! Maklumlah selama ini buat hanya untuk diri sendiri dan keluarga. Lagipun saya sedang membaca Kitab Ihya Ulumuddin tentang adab berniaga, antaranya jika ada kerosakan pada barang jualan, kita mesti memberitahu kepada pembeli. Jangan sesekali disorokkan kecacatan itu. Hendak bakar yang lain memang sudah tak sempat. Mak cik hendak pagi ini. Alhamdulillah selesai sudah urusan. Urusan? Jual beli.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...