Skip to main content

Pokok-pokok Ramuan Diserang

Sedih rasa hati. Apa tidaknya. Baru hati berbunga-bunga, melihat pokok-pokok cili padi atau cabai burung  merimbun subur dan berputik tapi belum sempat  melihat hasilnya, rosak semuanya diserang. Memang sudah tertulis, bukan rezeki.


Hendak fokus sepenuhnya pada tanam-tanaman tentulah tidak dapat. Pokok-pokok cili itu hidup pun bukan kerana ditanam tetapi pasu kosong itu selalu jadi mangsa 'tong sampah' saya pada cili-cili yang sudah kecut di simpan di dalam peti sejuk. Kuasa Allah SWT, pokok cili pun bertunas. Melihat sudah bertunas, saya siram dan baja. Rupanya itu semua belum cukup. Serangan ulat bulu, belalang, semut, siput babi, bena mematikan pokok-pokok cili itu. Ada tinggal beberapa batang pokok sahaja yang masih bertahan.

Itulah yang sedang cuba saya selamatkan. Bukan pokok-pokok cili saja kena serang, pokok-pokok ramuan lain pun habis dibelasah. Tengoklah pokok halia. Sedih tau. Mujur kita ni tak makan daun halia buat ulam atau sayur. Kalau tidak, takkan sanggup. Berlubang sana sini! sudah melampau. Takkan nak tengok aje kan.


Kesempatan ke pameran My Agro 2011 bulan lepas, digunakan sebaik-baiknya mencari penawar masalah ini. Ini dia, natural insect repellent. Beli di tapak pameran FAMA Negeri Sembilan. Tak tahulah sejauh mana keberkesanannya. Namapun mencuba. Dalam dua tiga minggu ni, belum nampak lagi hasilnya. Bukan apa, ini semua pokok-pokok ramuan. Kalau pokok-pokok bunga, tak dibuat ulam, tak dibuat sayur mahu sahaja sembur ridset, habis cerita.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...