Skip to main content

Penjara Perkahwinan: Dr Faisal Tehrani

Sejak Dr Haji Faisal Tehrani tidak lagi menulis blog dan blognya juga tidak boleh dibaca, jadi tercari-cari sumber-sumber penulisannya yang terbaru.  Tambahan pula jika ada sesuatu isu semasa dan kebiasaannya ada pandangan atau ulasan beliau selepas itu. Hampa.

Berkira-kira sendiri, mungkin Dr Faisal Tehrani hanya akan mengeluarkan novelnya menjelang pesta buku Kuala Lumpur sebagaimana kelazimannya lewat  tahun-tahaun ke belakang. Hanya berharap beliau tetap juga  terus menulis.

Ya, memang beliau masih menulis. Nah, Intrend telah membuka ruang padanya. Sudah tentu, bukankah  editor Intrend Rose itu, adalah rakannya. Bagi peminat Dr Faisal Tehrani yang rindukan tulisannya, sila dapatkan Intrend di kedai-kedai berhampiran. Tolong promote! Ada lagi ke, dah hujung-hujung bulan? Ada kot. Cubalah cari!



Majalah Intrend ini kepunyaan adik. Kebetulan kulit luar terpampang besar nama Dr Faisal Tehrani, maka saya selak dan baca. Ringan sahaja tulisannya. Tidak jauh beza ketika beliau menulis di ruangan majalah EH!, suatu ketika dahulu. Namun masih menarik. Bagi yang meragui institusi perkahwinan, sila baca. Mana tahu pandangan anda ikut berubah. Mungkin jika Dr Faisal Tehrani menulis novel bersiri di dalam Intrend maka barulah terbuka hati untuk melanggan. Sebagaimana saya melanggan EH! kerana novel bersiri, Jendela Berlangsirkan Hujan. Mungkin.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...