Skip to main content

Karipap Karipap Cinta The Movie

Ada satu entri tentang Karipap Karipap Cinta ditulis usai membaca novelnya. Melalui guru saya, Puan Hajjah Ainon Mohd., dikhabarkan novel ini akan difilemkan. Malah ini adalah antara bestseller novel PTS. Sekarang filem Karipap Karipap Cinta telahpun berada di pawagam-pawagam. Malah sudah boleh dilanggan menerusi Astro First.

Pengarah filem adalah pengarah tersohor, Saudara Hafsham. Jujurnya, memang suka juga menonton Adik Manja atau Mekanik arahannya. Pelakon utamanya Gambit Saifullah dan Mellia Aimelia.

Sudah baca novel tentu hendak tengok di layar perak. Mungkin itu yang ada dalam benak sesetengah orang. Tapi, aha ada tapinya. Ini tentang diri sendiri, orang lain tak tahu, mungkin okay saja. Bermula dengan satu hari, waktu tercari-cari rancangan yang menarik untuk ditonton di televisyen, kebetulan ada rancangan di sebalik pembikinan filem Karipap Karipap Cinta. Tengok pun sudah hampir separuh. Hmmm. Terdetik di hati, mengapa begitu ya?  Kalau anda seperti saya mungkin persoalan itu juga ada di minda. Saya tekankan sekali lagi, kalau. Selepas menonton rancangan itu, rasanya tidak perlu untuk tonton di layar perak.

Media cetak seperti koluminis Roslen Fadzil di akhbar Harian Metro atau ruangan Hiburan akhbar Kosmo komentar-komentarnya yang tidak begitu memberansangkan: Hanya 4 penonton saja atau Ranggupkah Karipap Karipap Cinta (sekadar contoh semata-mata).

Hendak mengulas panjang pasal filem memang angkat tangan, tak tahu. Bukan orang yang arif. Namun apa yang terdetik di hati mungkin mewajarkan antara sebab kurangnya sambutan filem ini berbanding novelnya iaitu pemakaian tudung watak utamanya, Sarah. Sarah Rose Qistina adalah graduan Al Azhar. Lebih menarik lagi, Sarah adalah antara sepuluh pelajar terbaik pada masa itu. Petik sedikit dari novel, "Dia sudah boleh jadi ustazah, tetapi memilih bekerja sebagai editor komik...". Nah, penampilan watak utamanya, Sarah bertudung maaf cakap, rasanya tidak bertudung sebagaimana  tudung yang digayakan oleh watak Sarah di dalam filem ini, yang rasanya memang sangat tidak kena dengan latar akademi dan keperibadian sebagai seorang yang boleh memegang status ustazah. Maaf sekali lagi. Ini hanya pandangan peribadi.


Karipap Karipap Cinta versi novel


Karipap Karipap Cinta versi filem

Berbeza dengan Nur Kasih. Nur bukan ustazah. Bukan lulusan universiti Al Azhar pun. Namun penampilan Nur Amina dan keperibadiannya memang memikat hati. Kena. Maaf pandangan peribadi sekali lagi, perfect match.

Entri ini bukan untuk menjatuhkan sesiapa. Bagi saya, ada unsur penting yang dianggap remeh atau tidak diberi perhatian. Itu sahaja, titik. Anda boleh tonton filem ini. Novel Karipap Karipap Cinta adalah novel humor tetapi dengan unsur-unsur Islam. Jika baca novelnya, tidak ada unsur merendah-rendahkan mana-mana pihak sekalipun. Sarah tidak pernah memandang rendah kepada Ali. Keluarga dan kawan-kawannya juga, tidak. Nyata sekali saya memilih novel tetapi belum tentu anda kan. Betul tidak?!Psss, cakaplah, Betul!

Comments

  1. Saya setuju dengan pendapat anda...
    Lulusan Al-Azhar tidak sesekali sedemikian.

    ReplyDelete
  2. barangkali pihak yang menghasilkan filem terlepas pandang soal ini tetapi bagi saya ini soal besar. sebesar intipati cerita itu sendiri

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...