Skip to main content

Buku Terpakai

Sebelum Syawal, saya ada memesan tiga buah buku terpakai dari sebuah blog http://jualanpelbagaibukudanitem.blogspot.com/ (Tolong promote, lain kali boleh dapat diskaun lagi tak? hahaha). Kebetulan memang buku yang saya cari-cari tapi sudah tidak ketemu lagi di kedai-kedai buku. Kebetulan pula ada diskaun sempena Syawal. Amboi apa lagi, pantang jumpa buku. Alamak saya rasa saya ada tabiat pelik, pantang masuk kedai buku. Kedai buku pun sudah ada online. Rabak poket!

Dua daripadanya masih ada. Alhamdulillah. Ini kali pertama saya beli buku-buku terpakai. Saya suka bau buku baru hahaha, alasan tak munasabah. Alhamdulillah mudah berurusan dengan tuan punya kedai. Antaranya diskaun itu sebelum Syawal tetapi saya cuma dapat akses emel beberapa hari selepas Syawal. Dalam erti kata lain, no more diskaun! Hang lambat, tak bayar lagi. Takat pesan ja! Tetapi tuan kedai murah hati tetap bagi saya diskaun. Alhamdulillah masih dalam keadaan baik. Suka, suka, suka. Jeng jeng jeng. Buku apa yang saya beli?


Tunjuk satu dulu. Novel ini pernah disisipkan dalam novel bersiri majalah Wanita suatu waktu dulu kalau tak salah. Tetapi saya tidak langgan majalah itu. Pernah terbaca beberapa kali. Rasa macam menarik. Tak sabar hendak menghabiskannya. Zaharah Nawawi. Penulis hebat, hasilnya tentulah hebat juga kan?!

Buku yang sebuah lagi saya cadang hendak peram. Bukan buat pekasam.! Missing Piece 2 karya Fatimah Busu. Saya masih mencari Ombak Bukan Biru dan Missing Piece 1, difahamkan kedua-dua cerita ini ada perkaitan. Ketika Missing Piece berlambak-lambak di kedai-kedai buku, saya pula kekurangan ongkos untuk membelinya. Sekarang memang payah mencari buku-buku Fatimah Busu di kedai-kedai buku. Susah juga kerana banyak onak yang dilalui pengarangnya. Kasihan beliau. Kalaupun beliau merajuk, memang patut. Eh macamlah beliau bercerita pada saya kan, pandai-pandai sungguh. Sebenarnya ada terdengar, pengarang ini ditipu penerbit. Penerbit yang mana satu, tidak saya ketahui. Kasihan kan. Saya harap suatu hari nanti saya akan berjaya memiliki kesemua novel beliau. Saya suka tulisan beliau. Beberapa kumpulan cerpen beliau memang ada dalam simpanan saya.  

Comments

  1. macam best je tajuk buku ni..kak long dah baca ulasan buku ni kat blog jualan buku..menarik sinopsisnya..

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Long. Terima kasih sudi singgah. Memang bagus ceritanya, dah habis pun dibaca : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh jumpa ke the missing piece 1? kalau tak lg dn msh nak email sy ... noorliza_an@yahoo.com

      Delete
    2. Terima kasih Cikgu Liza. Saya dah jumpa

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...