Selasa 25 Oktober 2011 lalu adalah ulangtahun pertama Aqeef. Mama Aqeef buat jamuan Rabu 26 Oktober 2011. Mama Aqeef jemput Isnin 24 Oktober 2011. Ish... ish... ish... suntuknya masa untuk cari hadiah Aqeef. Kasihan Aqeef kan.
Nasib baik ada stok buku yang belum digunakan lagi. Memang sebenarnya buku-buku itu asalnya untuk dihadiahkan pada seseorang tetapi keadaan dan masa tak mengizinkan. Tak apalah dahulu yang sepatutnya. Amat mustahil mencari hadiah lain untuk Aqeef dalam masa sesingkat itu. Minta maaf ya Aqeef. Ini bukan recycle tau.
Nanti sambil-sambil Aqeef main-main dengan mama, Aqeef baca ABC ye. Aqeef boleh main kira-kira kan. Selamat panjang umur, murah rezeki dan jadi anak yang soleh.
Comments
Post a Comment