Skip to main content

Pertanyaan Rujukan: Vanila

Vanila. Wangi bau vanila. Bagus. Mesti positif. Fikirkan yang indah-indah, yang wangi-wangi dan cantik-cantik saja. Sebetulnya saya sendiri kurang pengetahuan tentang vanila yang jatuh dalam kategori tanaman herba ini. Bagaimanapun sudah masuk hari ke dua, masa banyak dihabiskan mencari dan terus mencari maklumat tentang vanila dan pengusaha vanila di Malaysia. Bila vanila boleh dituai hasilnya dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Ini pertanyaan rujukan yang saya terima. Janganlah hairan, memang sudah menjadi antara kerja saya pun.

Siapa pernah tengok pokok vanila? Ini rupa pokok vanila.


Siapa minat menanam bunga orkid? Sudah cuba tanam orkid vanila? Ini rupa bunga orkid vanila. Cantik bukan?


Pernah tengok vanila kering? Ini rupa vanila yang telah dikeringkan.


Dokumentari tentang vanila pernah ditayangkan dalam Majalah 3 tetapi saya tidak menontonnya. Sekitar tahun 2007, 2008 tanaman vanila ini heboh diperkatakan. Ramai yang mengambil peluang dalam mengusahakannya. Tapi. Aha ada tapinya. Apa tapinya?

Sebelum itu, saya hendak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya mendapatkan informasi tentang pengusaha vanila ini. Encik Muiz abah Aqeef pun kena kacau juga. Maaf ya, saya tidak ada pilihan lain. Susah kerana syarikat pengendali terbesarnya, saya kira sudah tidak beroperasi lagi. Mencari pembekal benih, ya ramai. Tetapi untuk mencari pekebun vanila, itu memang sukar.

Pertanian adalah perniagaan. Tertarik betul dengan slogan pejabat pertanian. Sehari suntuk saya berurusan dengan badan induk dan organisasi berkaitan dengan pertanian. Hasilnya tidak memuaskan. Vanila masih bukan tanaman komersial di negara kita.

Sesiapa yang berminat untuk menjadikannya komersial, sila buat kajian pasaran terlebih dahulu. Ingat slogan tadi, pertanian adalah perniagaan. Siapa pembeli? Mesti ada permintaan dan penawaran. Ini rasanya antara masalah menjadikannya komersial, pemasaran. Saya bercakap dengan ramai yang terlibat  secara langsung dengan tanaman vanila, mengenainya. New knowledge. Terima kasih semua. 

Mengapa saya tulis tentang entri ini? Berkongsi maklumat dengan anda. Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, buatlah kajian pasaran. Bukan murah harga benih vanila ini. Menurut seorang pegawai MARDI, harganya RM 25.00. Masakan tanam sepohon. Untuk itu, berapa banyak pula modal yang akan keluar sia-sia, jika tidak ada kajian yang mendalam tentangnya.

Vanilla Aki Enterprise yang dimiliki oleh Ishak bin Musa adalah antara contoh pekebun vanila yang masih berdaya saing. Kebunnya terletak di Kampung Pamah Kulat, Raub. Saya bercakap juga dengan Encik Mohd Feisal yang juga pemilik hampir 500 ratus pokok vanila di Raub. Saya doakan kejayaan mereka. Alangkah gembiranya hati melihat kejayaan usahawan saudara seagama dan sebangsa. Besar harapan agar Puan Helwa dari Green Vanilla Store boleh membantu memasarkan produk vanila tempatan. Puan, saya doakan kejayaan puan juga.

Hey, kerja saya belum selesai lagi. Esok masih lagi perlu mencari dan mencari. Ada sesiapa boleh membantu?

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu bawa pakaian banyak ke

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang