Skip to main content

Penawar Tekanan

Ada orang kata, coklat boleh membantu menghilangkan tekanan. Sebenarnya mood untuk memasak tak begitu memberansangkan. Dalam kepala penuh dengan selingkar hal-hal yang menyesakkan. Dalam hati terhimpun dengan seribu satu persoalan yang tak ada jawapannya.

Pun begitu, rasanya melayan otak dan hati takkan membawa apa-apa faedah pun. Jadi lebih baik lakukan sesuatu. Tambahan pula hari Sabtu tempoh hari memangnya ada sesuatu.


Inilah antara sesuatu itu. Tidak hadiah istimewapun daripada saya. Mujur juga saya buat sesuatu, jadi ada jugalah sebagai balasannya. Hendak buat yang istimewa sangat-sangat itu, saya tak mampu dan tak ada kepandaian. Jadi inilah semampunya, kek coklat. Penawar pada tekanan.



Masalah saya yang paling besar adalah membuat topping. Ini sebetunya percubaan topping yang tidak menjadi tapi masih boleh dikira cantik juga berbanding yang di bawah ni. Hahaha.



Hodoh sungguhkan. Sudah tersalah beli krim. Bukalah buku resipi apapun tidak mampu membetulkan keadaan. Membantutkan terus usaha menghiasnya. Nasib baik rasanya masih tetap memikat hati. Untuk itu, terima kasih teramat buat penyumpang resipi di laman web Myresipi iaitu fendi75. Resipi kek coklat anda memang pilihan saya tanpa jemu. Untuk hari lahir anak-anak pun, saya gunakan resipi ini juga. Cubalah.

Kek Coklat

Bahan-bahannya:

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A:
1 sudu kecil nescafe dibancuh dengan 1/2 cawan air
11/2 cawan susu segar perisa coklat
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B:
2 sudu kecil soda
1 sudu kecil baking powder
2 cawan tepung
1/2 cawan serbuk koko

Topping
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minayk masak

Cara :

1. Pukul telur hingga kembang.

2. Masukkan gula dan pukul lagi.

3. Kemudian masukkan minyak masak.

4. Ayak semua bahan B. Masukkan ke dalam adunan telur secara berselang seli dengan bahan A.
 Gaul hingga sebati.

5. Bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga masak.

6. Untuk topping : Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Gunakan api kecil, panaskan sehingga nampak ok. Hias pada kek apabila kek telah sejuk.

Saya sudah cuba resipi topping ini tetapi masih belum berjaya. Tak tahu di mana silapnya. Tak mengapa, tidak boleh patah semangat, cuba lagi nanti. Errr kena pergi baking class agaknyakan!

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...