Skip to main content

Kek Pisang Matt Preston

Siapa peminat MasterChef Australia mesti kenal Matt Preston. Kalau hendak dibandingkan, saya lebih suka menghadap episod MasterChef Australia daripada tengok MasterChef Malaysia atau MasterChef USA. Junior MasterChef Australia pun bagi saya, menyeronokkan. Seronok sebab cara pertandingan itu dikendalikan dan tidak ada banyak adegan-adegan pergaduhan dan kata mengata antara satu sama lain yang melampau. Lumrah kalau ada yang tidak puas hati atau kecewa. Al maklum kita manusia biasa tapi masih terkawal. Apa-apapun terpulang pada citarasa masing-masing.

Saya cuba buat kek pisang Matt Preston sebab resepinya nampak mudah untuk dibuat. Saya memang cari yang senang dan ringkas sahaja untuk dicuba. Percubaan pertama yang tidak mengecewakan. Alhamdulillah. Kek ini saya bawa sebagai buah tangan. Nampak gebu.


Ada juga hasil menghadap televisyen. Menambah koleksi resepi kek pisang yang ada dalam simpanan. Hero cilik yang seorang tu memang suka makan kek pisang. Cuma saya tak kuasa hendak buat sirap untuk dimakan dengan kek ini. Resepi butterscoth pula kena olah sebab ada bahan yang tak halal, digunakan. Kesimpulannya, cuba resepi kek pisang sahaja.

Hendak cuba ke? Meh cuba, ini resepinya.

Bahan-bahan
2 biji telur
3 biji pisang masak ranum (menurut Matt Preston, yang sudah lebam atau hitam kulitnya, lebih baik)
13/4 cawan (260 gram) tepung (saya guna tepung gandum)
1 sudu kecil soda bikarbonat
125 gram mentega tanpa garam
1 cawan gula halus (kurangkan jika tidak suka manis)
secubit garam

Cara membuatnya
1. Pisang dilecek (saya tak lecek halus sangat)
2. Tepung dan soda serta garam diayak bersama
3. Pukul gula dan mentega sehingga kembang
4. Masukkan telur, pukul lagi.
5. Masukkan pisang, pukul sehingga sebati.
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
7. Bakar pada suhu 180C selama 55 minit.

Matt memberi petua supaya kek tersebut lebih enak dan lembut, biarkan kek di dalam bekas pembakar selama 10 minit sebelum dikeluarkan. Kemudian balut dengan plastik semalaman. Kek yang dibalut dengan plastik juga boleh dibekukan dan tahan selama 2 bulan.

Kalau hendak resepi penuh, sila ke laman web http://tenplay.com.au/channel-ten/masterchef/recipes/rockstar-banana-bread-or-muffins

Kali kedua percubaan saya adalah untuk jamuan pada hari ini. Saya taburkan coklat urai untuk tidak kosong sangat pada kek. Alhamdulillah. Cuma ramai yang minta kurangkan gula dalam adunan. Okay, Take note.


Sepatutnya saya sediakan puding atau agar-agar untuk jamuan tetapi disebabkan masalah catuan air, saya terpaksa sediakan hidangan yang dapat dibuat lebih awal. Mujur ada resepi kek ini. Saya sediakan semalaman awal.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...