Skip to main content

Kek Coklat *Gateau Au Chocolat*

Ini cerita lama. Waktu belek-belek gambar yang hendak dinyahkan dari kamera, ada pula gambar kek ini. Saya tertarik kerana bahannya cuma coklat dan telur. Lagipun cara membuatnya ringkas dan mudah. Kebetulan waktu sekolah Abang Ngah adakan jamuan raya ketika itu, kesempatan emas untuk saya mencuba. Budak-budak dan coklat. Kombinasi yang kena, selalunya.

Gateau Au Chocolat

Bahan-bahan:

300 gram coklat masakan (saya guna coklat gelap)
5 biji telur

Cara-cara:

1. Panaskan oven 170 darjah celsius. Sapukan loyang dengan majerin.
2. Asingkan telur putih dan kuning.
3. Cairkan coklat dengan kaedah double boiler. Masukkan kuning telur sehingga sebati.
4. Pukul putih telur sehingga kembang. Masukkan separuh adunan putih telur ke dalam bekas coklat, kacau.
5. Kemudian campurkan adunan coklat ke dalam baki putih telur, kacau perlahan sehingga rata.
6. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar 45 - 50 minit.
7. Sejukkan sebelum dihidang. Kek ini akan turun sedikit apabila sejuk. 


Saya tidak beri perhatian pada pernyataan nombor 7 itu. Kek ini memang sedap. Saya akui cara membuatnya, mudah. Sesuai untuk saya yang punya anak kecil. Namun tak tergamak saya hendak berikan pada Abang Ngah untuk dibawa ke jamuan sebab bukan gebu seperti kek yang biasa dibuat. Jadi Abang Ngah cuma bawa kuih-kuih raya sahaja.

Bagi sesiapa yang hendak mencuba, sila beri perhatian kek ini akan turun apabila sejuk. Jangan terkejut pula. Kek ini juga merekah ketika masak. Sesuai sekali buat kek ini untuk habiskan lebihan coklat masakan yang ada.

Apapun Alhamdulillah rasa kek ini memang sedap. Jadi cepat aje licin. Terima kasih pada Yani Deco Choco atas sumbangan resepi. Kata Yani, kek ini sedap dimakan dengan ais krim. Kami anak beranak makan bergitu sahaja pun sudah sedap. Makan dengan ais krim tentu lagi sedap. Oho...

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...