Skip to main content

FHM 2013

Semalam saya ke FHM 2013 atau The 12th Malaysian International Exhibition of Food, Drinks, Hotel, Restaurant & Foodservice Equipment, Supplies, Services & Related Technology. Fuhhh Panjangnya nama. Sebenarnya sejak 3 tahun kebelakang, saya memang pergi ke pameran sebegini.

Ada banyak perkara yang menarik minat saya tetapi tidak banyak gambar yang dapat saya ambil. Ada beberapa rekaan yang nampak mudah tetapi cantik untuk dicuba di rumah. Sementelah hari ini si kecil genap setahun, alhamdulillah. Cadangnya saya hendak buat sendiri kek. Coklat juga.


Macaroon yang sangat sedap pernah saya rasa. Sangat lembut dan cair di dalam mulut tetapi tidak begitu manis.


Pameran kek pengantin. Teruja. Siapa hendak kahwin, mari ambil idea.


Kek cawan comel. Banana... banana... banana


Coklat, kek, macaroon, biskut... Pencuci mulut yang cantik-cantik. Ada dari dalam dan luar negara.

Lagi coklat. Syarikat Malaysia tetapi coklat import dari negara lain. Kenapa? Pengeluaran koko dari negara kita, cukupkah untuk pemain industri coklat negara?

Pembungkusan. Menarik minat saya, penghasilan dari kulit kerang. Licin dan kemas pembuatannya. Juga import dari negara jiran. Apakah industri kraf kita tak mampu menghasilkan hasil kreativiti seperti ini? Mengkuang dari negara tetangga. Batik dari tanah seberang.


Napkin dengan inovasi baru. Pameran ini memang besar dan saya kira penting bukan sahaja untuk pemain-pemain industri makanan atau minuman  tetapi industri-industri lain seperti cenderamata kerana aspek pembungkusan juga mendapat tempat dalam industri makanan.

Perabot juga ada. Set pinggan mangkuk. Kain langsir, tuala, mesin pengadun kuih, oven, peti sejuk dan serba neka yang ada kaitan dengan industri makanan dan minuman.

Comments

  1. Assalamualaikum Syidah..

    Bestnyer..tapi tak pernah pergi, ada nampak di FB member upload gambar-2 di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Kak,

      Memang menarik... Ini kali ke 2 saya ke sana. Tahun lepas, saya tak pergi sebab cuti bersalin.... Tahun depan bolehlah akak pergi

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...