Skip to main content

Black Beauty Chocolate Cake

Amboi tajuk! Hendak buat macam mana lagi kalau tuannya sudah namakan ianya begitu. Memperkenalkan black beauty chocolate cake. Resipi kek coklat ini saya dapat dari blog fromintankitchen. Memang cantik sungguh segala macam gambar yang ada di dalam blog ini. Membuat hati tertawan mencuba resipi yang ada di dalamnya. Cewah!



Saya cuba resipi ini sempena sambutan ulang tahun Emak, 3 November yang lalu. Mula-mula saya buat kek cawan dan bawa ke pejabat untuk diujirasa oleh kawan-kawan. Bukan main! Alhamdulillah dapat komen yang membina. 


Ini versi yang belum dihias. Wan Husna kata, sedap! 



Ini versi yang sudah dihias tetapi Wan Husna tak sempat hendak merasanya. Lain kali ya, Husna.

Sesiapa yang berminat mencuba, sila dapatkan resipinya:

Bahan-bahan:
Bahan A
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil baking powder

* komen : Emak dan kawan-kawan minta saya kurangkan soda. Insya Allah lain kali, kurangkan sikit.

2 cawan gula castor (saya guna gula halus)
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak @ mentega cair (saya guna minyak masak)
1 cawan air panas suam
1 sudu besar coklat emulco (coklat emulco tidak ada dalam simpanan, saya abaikan)
3 biji telur

Cara membuatnya:

Ayak bahan A, ketepikan.
Campur semua bahan B dan kacau sebati (guna whisker sahaja)
Masukkan bahan A ke dalam adunan B dan gaul rata.
Bakar selama 50 minit - 1 jam, suhu 150C, api atas dan bawah atau sehingga masak.

Topping Coklat

Bahan-bahan:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
21/2 cawan air @ susu cair (saya gunakan kedua-duanya, kes susu cair tak cukup!)
1/2 cawan tepung jagung
2 sudu besar majerin @ mentega

Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil. 
Sentiasa dikacau.
Apabila siap, sejukkan sebentar sebelum disapu di atas kek.


Senang, ringkas dan sedap. Lagipun kek ini kurang manis sekalipun telah diletakkan topping. Terima kasih kepada penyumbang resipi iaitu Makalang Azie, Yatie dan Azlita.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...