Skip to main content

Kejutan Ulangtahun Zalipah

Hari ulangtahun Zalipah semalam tetapi semalam kami cuma ucapkan sahaja dan merancang meraikannya secara istimewa, hari ini. Setelah beberapa hari membuat perancangan, akhirnya berjaya juga. Hahaha terkejut, naik merah muka Ipah menerima kejutan.


Kami bertiga ke Ice Room. Tanpa pengetahuan Ipah, suaminya, Anuar dan Faizal pun ada sama. Anuar pergi lebih awal. Saya dan Husna lewat sedikit kerana ada pelawat yang datang saat-saat akhir. Kasihan Anuar, paling lama menunggu. Faizal datang serentak dengan kami. Mujur Ipah tak perasan sebab saya pilih Ipah duduk menghadap ke bahagian dalam restoran. Memang dia agak pelik sebab saya mengatur tempat duduknya.  


Jeng jeng jeng sebaik sahaja suaminya sampai, mereka bertiga pun masuk. Ipah terkejut melihat Anuar datang. Manalah pernah Anuar ikut kami makan-makan di hari Jumaat yang mulia. Paling terkejut apabila melihat suaminya ada sama. Memang berubah betul mukanya. Kami pakat-pakat gelak. Tengok tu, tak habis lagi dia gelak. Cik Abangnya memang selamba, tak gelakpun. Faizal pun ikut walaupun asalnya hanya hendak berjumpa kami menyerahkan perutusan raja sehari. Lagi ramai lagi meriah.


Ini dia kawan-kawan dalam pakatan saya. Kami bertiga kongsi belikan kek kegemarannya, tiramisu. Anuar tolong belikan, malam semalam di Berry's Cake. Mulanya Husna cadangkan saya buatkan kek. Mujur juga tidak kerana anak meragam, apa kerja pun tak jadi.


Idea Husna juga untuk suaminya sama-sama meraikan. Saya hubungi dan buat "janji rahsia". Hahaha. Ice Room yang mulanya agak ramai dengan pengunjung hingga akhirnya tinggal kami sahaja. Kerabat lelaki ini pun tidak boleh lama kerana perlu menunaikan solat Jumaat.


Ipah, selamat menyambut ulangtahun. Semoga panjang umur, murah rezeki dan dalam rahmat Allah sentiasa. Terima kasih juga kerana sudi jadi kawan saya dan tetap bersama walaupun di saat-saat genting. Betapa beruntungnya saya kan?! Alangkah baiknya kalau masa-masa gembira ini, ada yang lain turut serta. Really miss you!

Comments

  1. Rasa cm nk nangis baca entry kak ros kali ni..rindu korang sumeeeee...Selamat Hari Lahir Zalipah..walupun dh terlambat..mmg xsempat nk ingt apa bila bapa mentua masuk hospital..bila kita nk gather2 ni?..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...