Harga roti Gardenia naik. Gardenia jenama roti yang agak popular di kalangan rakyat Malaysia. Bayangkan ketika PKP pertama kali diumumkan Mei lalu, bekalan roti Gardenia laku keras. Habis di pasaran. Bahkan ada kes lori roti Gardenia dirompak. Penangan Gardenia. Jadi apabila harga roti Gardenia sudah naik, apakah akan mempengaruhi permintaan terhadapnya? Saya masih ingat waktu saya kecil ada jenama roti, Peladang. Emak selalu beli. Roti bukan makanan kegemaran cuma seingat saya, roti selalu jadi ganti nasi atau makanan berat dan pilihan saya untuk berjimat. Ketika zaman belajar di universiti memang sebuku roti akan digandingkan dengan bekalan serunding atau setin kecil tuna jadi ganti hidangan berat. Tak kira sebelah malam atau siang. Paling haru jadi santapan apabila duit belanja betul-betul kering, alas perut dengan dua ketul bun sekali makan. Saya beli sebungkus roti bun (kebiasaannya 6 ketul sebungkus). Roti bun manis atau roti bun perisa coklat atau kacang merah. Dapat ...