Skip to main content

Roti Goreng Ranggup

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, roti antara yang paling susah diperolehi.

Pengeluaran pun mungkin jadi terhad berikutan kesukaran untuk dapatkan sumber bahan mentah serta tenaga pekerja dan urusan logistik. Menjadikan semuanya terbatas. Memburukkan keadaan apabila ada di antara kita yang membeli melebihi daripada keperluan sebenar. Pelik juga beli roti banyak-banyak padahal jangka hayat roti, pendek. Kalau beli banyak untuk disedekahkan, memang bagus. Sila beli dan sedekahkan lagi.

Pada masa dan ketika begini rasa terkilan sedikit sebab hajat membeli bread maker asyik tertangguh dari setahun ke setahun. Pegang, belek dan letak semula. Baca review tak tahu sudah berapa banyak kali cuma memang tak beli-beli juga. Fikir pasal ruang. Fikir pasal kekerapan untuk menggunakannya nanti. Paling senang fikir dalam kerangka jangka pendek, apa susah hendak makan beli sahaja di kedai. Yes! Yes! Yes!

Tapi kan ada bread maker sahaja pun tak guna kalau tak ada tepung roti atau yis atau apa-apa yang seangkatan dengannya untuk menjadikan sebuku roti, tidak ada bekalan di rumah. Bekalan di rumah bergantung kepada kerajinan dan kekerapan. Hmmm berperanglah hati dan akal fikir. Siapa menang memang tak ada hadiah pun. 

Sebelum PKP, pada hari Selasa ayah ada beli sebungkus besar roti. Seisi rumah memang suka roti. Jadi hari ini saya buat sarapan roti goreng ranggup. Mempelbagaikan hidangan roti. Resipi ini saya perolehi lama dahulu daripada HaSue@myresipi.com. Terima kasih.


Bahan-bahannya:

8 keping roti
Serikaya secukupnya
2 cawan tepung gandum
21/2 cawan air
2 sudu besar majerin
Sedikit garam dan gula sebagai perasa
Sedikit pewarna kuning untuk mencatikkan

Cara-caranya:

  • Satukan tepung, majerin, garam dan gula dengan air. Saya memang tak gunakan pewarna.
  • Kocakkan sedikit.
  • Saya potong sekeping roti kepada dua bahagian dan sapu serikaya. Kerak roti saya tak buang.
  • Celup roti dalam aduanan tepung dan goreng sehingga berwarna keemasan.
  • Siap untuk dihidangkan.
Mudah dan sedap. 

Meski dalam PKP, saya tidak mengulang ke dapur selalu. Rutin masih hampir sama seperti sebelum PKP. Hidangan makanan masih sarapan pagi, makan tengah hari dan malam. Sesekali sahaja saya sediakan hidangan pada waktu petang. Memikirkan sangat sukar untuk mendapatkan bekalan makanan di luar dan selalu mengingatkan anak-anak tentang PKP akibat covid 19 ini serta bahayanya.


Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...