Skip to main content

Ketua Anda Bad Apples?!

Bad apples merupakan kiasan dalam bahasa Inggeris.

Bad apples merujuk perihal negetif termasuk perangai dan perbuatan seseorang dalam menjalankan tugas

Jangan silap ya.

Bad apples - bukan hanya merujuk pekerja sahaja. Bukan pekerja sahaja yang buat perangai.

Selalu yang kita dengar atau hadapi adalah pekerja yang curi tulang, kuat memberontak, pengampu, penipu dan segala macam. Boleh baca buku 'Bad apples: how to manage difficult employees, encourage good ones to stay, and boost productivity'

Bad apples - juga merujuk kepada pihak atasan dalam sesebuah organisasi. Merujuk kepada penyelia atau ketua unit atau ketua bahagian. 


Pagi ini terima e-mel bertajuk 'Bad Bosses and Toxic Environments'. E-mel ini kemudian dikaitkan dengan artikel 'Mental health hurts economy badly' yang disiarkan akhbar The Star.



Tarik nafas panjang dan dalam. Tentu sahaja tajuk ini tidak digemari. Sama seperti pekerja tidak suka dikritik. Namun kritikan secara terus selalunya berlaku 'dari atas turun ke bawah'. 

Mukadimah e-mel meyentuh tentang implikasi ketua bad apples

Pekerja merupakan individu yang paling terkesan, berhadapan dengan ketua "bad apples". Terpaksa menghadapi persekitaran dalaman kerja yang pasif. Selain dibuli oleh ketua yang pemalas dan tidak bertanggungjawab. Sementelah pekerja yang dinilai setiap tahun. Penilaian dibuat oleh ketua masing-masing. Apa lagi jika telah ditanamkan dalam kepala seseorang ketua bahawa setiap kerja yang diarahkan dari semasa ke semasa, mesti dilakukan oleh pegawai bawahannya. 

'Suara' pekerja 'tenggelam'. Jika ada soseh soseh daripada pekerja ianya tidak akan mampu menggugat kedudukan ketua yang teruk ini. (Sama ada percaya atau tidak, perkara ini memang berlaku dalam sesetengah organisasi)

Seterusnya, tanda seorang ketua itu bad apples. Seorang ketua yang teruk adalah seseorang yang mengabaikan tanggungjawabnya. Mereka menerima ganjaran atau gaji tetapi tanggungjawab mereka dipikul oleh orang lain. Mereka sedaya upaya memastikan pegawai atau pekerja bawahan melaksanakan tugas-tugas yang sepatutnya mereka laksanakan. Hasil kerja-kerja itu kemudiannya dihantar terus kepada pegawai atasan tanpa semakan. 

Ketua yang teruk ini dengan bijak membahagikan tugas seraya berkata, "you are the officer in charge". Jadi semuanya terbeban di bahu pegawai itu. Pergi mesyuarat, pegawai itu. Berusaha untuk pembentangan, pegawai itu. Dapatkan kelulusan ketua jabatan, pegawai itu. 

Malah untuk kelihatan hebat, seseorang ketua yang teruk ini akan menyanggupi sesuatu projek tetapi apa yang berlaku kemudiannya adalah menyerahkan projek tersebut untuk dilaksanakan oleh pegawai bawahan. Gah di hadapan ketua jabatan dan orang lain, hakikatnya 'menempel' sahaja.

Apa jadi sekiranya kerja-kerja yang dihantar salah atau tidak menepati kriteria? 

Apa jadi jika projek itu gagal?

Peranannya bertukar kepada menyalahkan, mengkritik, menggunakan kata-kata kesat serta menghina. Namun ada juga bermulut manis tetapi tindakan yang diambil seterusnya melukakan perasaan. Bukankah mereka tidak mahu bertanggungjawab? Jadi bagaimana mungkin mengakui kesilapan pada tugasan yang dilakukan. Seseorang akan jadi 'kambing hitam'. 

Seharusnya mereka melatih, menyemak serta memberikan panduan dan nasihat kepada pegawai dan pekerja bawahan untuk melakukan kerja-kerja. Mereka gagal 
  • memberikan panduan,
  • membuat keputusan bersama pekarja
  • menghargai sumbangan pekerja
  • membantu membangunkan bakat dan kebolehan pekerja

Perkara yang paling bijak mereka lakukan adalah bercakap. Bercakap, bercakap dan bercakap. Namun cakap tanpa impak, isi dan sumbangan hanyalah 'tin kosong'.

Mengapa berlaku peningkatan kesihatan mental dikalangan pekerja? Bemula dengan rasa malas untuk bangun pagi untuk pergi kerja. Keseronokan bekerja sudah mulai hilang. Seterusnya sakit pada bahagian fizikal seperti sakit kepala, bahu dan otot. Keadaan kesihatan itu seterusnya semakin memburuk. 

Lebih menyakitkan apabila pekerja menerima teguran, 'kerja itu ibadah'. Agama dijadikan alat. Ibadah itu perlu dilakukan oleh setiap orang. Bukan untuk orang tertentu.

Berapa lama perlu seseorang pekerja itu mampu bertahan?

Berapa lama seseorang pekerja itu mampu menunggu?

Ketua yang teruk ini merupakan punca utama seseorang pekerja meninggalkan organisasi. Ada pekerja  terpaksa berhenti kerana tidak sanggup lagi berhadapan dengan ketua semacam ini. Lebih malangnya lagi kerana pekerja berkenaan percaya, mereka tidak dihargai. Pekerja kemudiannya akan silih berganti tetapi tidak kepada ketua yang teruk ini. 

Dia tetap 'di kerusinya'. Dia tetap ada 'di dalam biliknya.'

Hakikatnya, ketua yang teruk ini sukar untuk berubah. Mereka juga tidak akan berhenti. Mereka tidak akan tinggalkan 'kehidupan selesa' ini. Mereka adalah 'parasit'. Mereka mendapat ganjaran dan gaji hasil titik peluh pegawai atau pekerja bawahan. Mereka menerima kenaikkan pangkat dan gaji. Mereka tidak perlu bersusah payah apatah lagi rasa bersalah 'makan gaji buta'. Tidak ada rasa bersalah kepada orang lain mahupun diri sendiri.

Hanya individu terbabit yang boleh mengubah kelakuan buruk mereka. 

Ada suatu kisah benar terjadi beberapa minggu lepas di sebuah kedai makan yang popular. Kebiasaannya kedai makan itu dibuka pukul 3:00 pm. Sedang pelanggan mula memenuhi kedai itu, datang pekerjanya menyantuni bukan untuk mengambil pesanan. Sebaliknya meminta pelanggan beredar.

"Abang, minta maaf kami semua nak balik rumah. Abang boleh pergi makan di kedai lain" 

Hari itu, kedai itu terpaksa tutup operasi. Begitu juga keesokkan harinya, lusa dan beberapa hari kemudian. Cuma baru beberapa hari ini, kedai itu kembali beroperasi dengan muka-muka baru. Harapnya, ada orang boleh belajar sesuatu.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...