Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Demam Kembali

Ada satu kisah yang sangat menyayat hati berlaku pada bulan September ini. Tidak diketahui sepenuhnya kisah itu tetapi inti patinya adalah kehilangan jiwanya. anak salah seorang pegawai tertinggi di organisasi tempat saya mencari rezeki ini, meninggal dunia setelah demam beberapa hari. Cuma beberapa hari, ya kawan-kawan. Rencana Allah SWT, apa daya kita menahannya. Sebelumnya, artis Safura Yaacob kembali ke rahmatullah. Juga demam. Tempoh yang juga singkat, hanya 3 hari. Arwah anaknya itu sebaya dengan anak bongsu saya. Demikianlah kehendak Allah SWT. Penghujung bulan lepas (September), anak-anak demam. Tidak kebah-kebah walaupun melewati hari ke 3. Muntah-muntah juga. Kami ke hospital. Darah Adik diambil bagi memastikan bukan demam denggi. Hero saya itu sedikitpun tidak menangis. "Kasihan Adik! Dah biasa kan, Adik". Doktor meramalkan, adik akan demam beberapa hari lagi tetapi cuma demam biasa. Kak Long pula jika terus-terusan muntah, mesti dimasukkan ke wad. "No mor...

Buku Untuk Ulangtahun Pertama Aqeef

Selasa 25 Oktober 2011 lalu adalah ulangtahun pertama Aqeef. Mama Aqeef buat jamuan Rabu 26 Oktober 2011. Mama Aqeef jemput Isnin 24 Oktober 2011. Ish... ish... ish... suntuknya masa untuk cari hadiah Aqeef. Kasihan Aqeef kan. Nasib baik ada stok buku yang belum digunakan lagi. Memang sebenarnya buku-buku itu asalnya untuk dihadiahkan pada seseorang tetapi keadaan dan masa tak mengizinkan. Tak apalah dahulu yang sepatutnya. Amat mustahil mencari hadiah lain untuk Aqeef dalam masa sesingkat itu. Minta maaf ya Aqeef. Ini bukan recycle tau. Nanti sambil-sambil Aqeef main-main dengan mama, Aqeef baca ABC ye. Aqeef boleh main kira-kira kan. Selamat panjang umur, murah rezeki dan jadi anak yang soleh.

Mengharap Sinar

Saya mohon Allah SWT mengampunkan dosa saya kerana saya merasakan saya seorang yang zalim. Seorang yang zalim kerana membiarkan diri saya dizalimi. Saya juga mohon keredhaan Allah SWT atas tindakan yang bakal saya ambil esok. Saya sangat berharap dipinjimkanNya, sedikit kekuatan dan keberanian kerana ini adalah satu langkah asing yang akan saya teroka. Besar harapan saya, langkah ini adalah langkah pencerahan menghadapi rintangan yang bakal muncul bila-bila masa. Saya sedar selama ini, saya terbelakang dalam mengambil langkah. Strategi diam dan menunggu, terasa perlu pembaharuan. Memang sudah ada tindakan jangka panjang tetapi kesudahannya masih tertakluk atas ketentuan Yang Maha Esa juga. Jadi saya perlukan tindakan jangka pendek yang berkesan. Syukur atas ilham yang Allah SWT terbitkan. Syukur kerana lewat hari-hari mendatang, kesabaran membuahkan hasil yang melegakan. Walaupun hanya dalam bentuk bayangan. Sedikit yang sangat membahagiakan. Setidak-tidaknya masih mampu m...

Peribahasa Melayu 2

Lama ditinggalkan. Ulangkaji semula pelajaran lama. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua bermaksud kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya. Air yang keruh-keruh kerak, alamat ada buaya di hujung bermaksud  daripada perkataan, dapat dimaklumi niat di dalam hati. Keruh-keruh kerak itu bermaksud tiada yang jernih. Kambing hitam bermaksud orang yang dipersalahkan dalam sesuatu kejadian. Sangat berlapik orang dahulu berbahasa. Amat cantik juga, bayangan yang diguna.

Penjara Perkahwinan: Dr Faisal Tehrani

Sejak Dr Haji Faisal Tehrani tidak lagi menulis blog dan blognya juga tidak boleh dibaca, jadi tercari-cari sumber-sumber penulisannya yang terbaru.  Tambahan pula jika ada sesuatu isu semasa dan kebiasaannya ada pandangan atau ulasan beliau selepas itu. Hampa. Berkira-kira sendiri, mungkin Dr Faisal Tehrani hanya akan mengeluarkan novelnya menjelang pesta buku Kuala Lumpur sebagaimana kelazimannya lewat  tahun-tahaun ke belakang. Hanya berharap beliau tetap juga  terus menulis. Ya, memang beliau masih menulis. Nah, Intrend telah membuka ruang padanya. Sudah tentu, bukankah  editor Intrend Rose itu, adalah rakannya. Bagi peminat Dr Faisal Tehrani yang rindukan tulisannya, sila dapatkan Intrend di kedai-kedai berhampiran. Tolong promote! Ada lagi ke, dah hujung-hujung bulan? Ada kot. Cubalah cari! Majalah Intrend ini kepunyaan adik. Kebetulan kulit luar terpampang besar nama Dr Faisal Tehrani, maka saya selak dan baca. Ringan sahaja tulisannya. Tidak jauh beza...

Anak Siapa?

Malam 17/10, berkesempatan menonton Muhasabah Diri bersama Ustaz Don Daniyal . Tajuknya, Anak Soleh, Anak Cemerlang kalau tidak salah. Ada berbaur rasa. Ada sedih, ada malu, ada suka dan paling penting ada azam yang perlu dilaksanakan serta ada harapan. Berkali-kali Ustaz Don ingatkan, kita adalah anak dan ada yang telah punya anak. Kita ada ibubapa dan ada yang telah menjadi ibubapa. Betapa pentingnya, kita menjadi anak soleh. Orang yang soleh itu insan yang cemerlang. Walaupun tidak punya anak-anak tetap perlu untuk jadi anak soleh. Sekiranya tidak, bagaimana dengan ibubapa kita? Untuk mendapatkan anak yang soleh, kita perlu menjadi soleh terlebih dahulu. Anak soleh, doanya dimakbulkan Allah SWT. Itu harapan kita setelah kita tiada, doa anak soleh. Kita sebagai anak perlu doakan ibubapa. Sebagaimana kita mengharapkan doa anak untuk kita. Kembali menilai diri. Solehkah sebagai insan? Solehkah sebagai anak? Berjayakah mendidik anak menjadi soleh dan solehah? Bercakap tentang an...

Tempahan Sulung: Kek Sarang Lebah @ Gula Hangus

Ada orang panggil kek sarang lebah dan ada yang gelar, kek gula hangus. Jujurnya saya belajar buat kek sarang lebah atau kek gula hangus kerana ayah suka sangat kek ini. Ayah susah hendak suka satu-satu jenis makanan. Sekiranya suka, maka memang seronok menjamunya. Lagipun kek gula hangus ini, tidak begitu susah untuk dibuat. Lain dengan halwa maskat, tepung talam, alamak memang susah untuk dibuat. Ini bukan alasan, betul! Hujung minggu lepas, saya bakar sebiji kek gula hangus untuk ayah. Saya beritahu emak, ini 'rasuah' sebab saya 'pinjam' emak lama sangat. Emak ada di rumah saya seminggu kerana anak-anak saya demam dan muntah-muntah. Seminggu? Lama? Lamalah tu sebab ayah kerja, mana nak ingat ayah lagi, adik-adik lagi, rumah lagi, kucing lagi. Maklum saya sendiri, tidak dapat hendak bercuti panjang-panjang. Kena guna talian hayatlah, apa lagi? Tapi jangan salah faham, saya tetap uruskan anak ke sekolah dan memasak selepas balik dari kerja. Sebenarnya kehadiran em...

Lambaian Tanah Suci

Mengejut sahaja. Tabung Haji maklumkan menerusi telefon jam 9:00 pagi. Penerbangan ke tanah haram jam 12:00 tengah hari dari Pantai Timur. Sudah tentu anak menantu cucu, yang jauh ini tidak dapat sama-sama mengiringi ke lapangan terbang. Begitulah kehendak Allah SWT, ibu mertua saya sedang dalam perjalanan menuju ke tanah haram. Lambaian rumah Allah SWT melambai-lambai sudah dekat dengannya. Harap Mek selamat pergi dan kembali. Semoga Mek dapat sempurnakan ibadah haji.

Pokok-pokok Ramuan Diserang

Sedih rasa hati. Apa tidaknya. Baru hati berbunga-bunga, melihat pokok-pokok cili padi atau cabai burung  merimbun subur dan berputik tapi belum sempat  melihat hasilnya, rosak semuanya diserang. Memang sudah tertulis, bukan rezeki. Hendak fokus sepenuhnya pada tanam-tanaman tentulah tidak dapat. Pokok-pokok cili itu hidup pun bukan kerana ditanam tetapi pasu kosong itu selalu jadi mangsa 'tong sampah' saya pada cili-cili yang sudah kecut di simpan di dalam peti sejuk. Kuasa Allah SWT, pokok cili pun bertunas. Melihat sudah bertunas, saya siram dan baja. Rupanya itu semua belum cukup. Serangan ulat bulu, belalang, semut, siput babi, bena mematikan pokok-pokok cili itu. Ada tinggal beberapa batang pokok sahaja yang masih bertahan. Itulah yang sedang cuba saya selamatkan. Bukan pokok-pokok cili saja kena serang, pokok-pokok ramuan lain pun habis dibelasah. Tengoklah pokok halia. Sedih tau. Mujur kita ni tak makan daun halia buat ulam atau sayur. Kalau tidak, takkan sanggup....

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Kedai Buku Online

Terjebak dengan pembelian buku online semakin menjadi-jadi pula tahun ini. Kena kawal diri. Lagi susah daripada hendak mengawal diri daripada masuk ke kedai buku. Aduhai makin menjadi-jadi pula sejak duduk di Pembangunan Koleksi. Huh! Buku-buku ini yang dipesan dari MPHonline . Tawaran penghantaran percuma jika jumlah yang dibeli melebihi RM 180.00. Satu jumlah yang besar juga perlu dibelanjakan. Tapi kadang-kadang tak sedar, memang dah belanjakan lebih daripada itupun. Ada juga tawaran potongan harga bagi buku-buku terpilih sekiranya dibeli melalui talian. Cuma tidak banyak tawaran bagi buku-buku keluaran tempatan. Ini buku-buku yang dipesan dari Ujana Ilmu . Urusannya cepat. Maklum balas daripada pihak pengurusan juga  cekap. Selesa berurusan dengan Ujana Ilmu. Buku-buku ini adalah yang dipesan dari Kedai Buku.com . Bagi yang berminat dengan buku-buku terpakai, boleh cuba mencari di laman Jualan Buku . Saya pernah tulis entri tentang buku terpakai sebelum ini. Alhamdulill...

Pertanyaan Rujukan: Vanila

Vanila. Wangi bau vanila. Bagus. Mesti positif. Fikirkan yang indah-indah, yang wangi-wangi dan cantik-cantik saja. Sebetulnya saya sendiri kurang pengetahuan tentang vanila yang jatuh dalam kategori tanaman herba ini. Bagaimanapun sudah masuk hari ke dua, masa banyak dihabiskan mencari dan terus mencari maklumat tentang vanila dan pengusaha vanila di Malaysia. Bila vanila boleh dituai hasilnya dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Ini pertanyaan rujukan yang saya terima. Janganlah hairan, memang sudah menjadi antara kerja saya pun. Siapa pernah tengok pokok vanila? Ini rupa pokok vanila. Siapa minat menanam bunga orkid? Sudah cuba tanam orkid vanila? Ini rupa bunga orkid vanila. Cantik bukan? Pernah tengok vanila kering? Ini rupa vanila yang telah dikeringkan. Dokumentari tentang vanila pernah ditayangkan dalam Majalah 3 tetapi saya tidak menontonnya. Sekitar tahun 2007, 2008 tanaman vanila ini heboh diperkatakan. Ramai yang mengambil peluang dalam mengusahakannya. Tap...

Salam Takziah

Mendengar dan membaca berita berkenaan dirinya dan keluarga, sangat mendukacitakan hati. Akhbar-akhbar tempatan kebanyakkannya tidak ketinggalan memaparkan kes ini. Tidak mengikuti kesnya sedari awal. Apabila keputusan diumumkan semalam, memang sangat mengejutkan. Sememangnya tidak mempunyai hubungan yang rapat, dengannya mahupun pasangannya walaupun pernah bekerja di bawah satu bumbung yang sama. Namun setiap kali berurusan kerja dengan suaminya, belum pernah ada kekangan. Beliau orang yang baik dan bersedia membantu selagi dapat. Malah selalu dapat gambaran yang baik-baik juga daripada wakil syarikat-syarikat yang berurusan dengannya. Si dia juga menyenangkan. Happy go lucky . Selalu senyum dan ketawa. Berat mata yang memandang, maha berat lagi bahu yang memikulnya. Sekiranya keduanya mengetahui entri yang ditulis ini, tulus dari lubuk hati ini, salam takziah. Saya  dan keluarga turut sama berdukacita atas musibah yang menimpa mereka. Mohon Yang Maha Kuasa memberkati mereka s...

30 Minit Bersama Ustaz Don

Ayuh mari sama-sama kita tonton rancangan baru bersama Ustaz Don Daniyal di TV Hijrah setiap hari Isnin dan Rabu, fardhu ain. Hari Selasa, Ustaz Don akan mengajar Tajwid. Jomlah. Ustaz Don ini memang bagus penyampaiannya. Tidak membosankan. Jangan lupa temujanji kita ya! Di mana? TV Hijrahlah...

Karipap Karipap Cinta The Movie

Ada satu entri tentang Karipap Karipap Cinta ditulis usai membaca novelnya. Melalui guru saya, Puan Hajjah Ainon Mohd., dikhabarkan novel ini akan difilemkan. Malah ini adalah antara bestseller novel PTS. Sekarang filem Karipap Karipap Cinta telahpun berada di pawagam-pawagam. Malah sudah boleh dilanggan menerusi Astro First . Pengarah filem adalah pengarah tersohor, Saudara Hafsham. Jujurnya, memang suka juga menonton Adik Manja atau Mekanik arahannya. Pelakon utamanya Gambit Saifullah dan Mellia Aimelia. Sudah baca novel tentu hendak tengok di layar perak. Mungkin itu yang ada dalam benak sesetengah orang. Tapi, aha ada tapinya. Ini tentang diri sendiri, orang lain tak tahu, mungkin okay saja. Bermula dengan satu hari, waktu tercari-cari rancangan yang menarik untuk ditonton di televisyen, kebetulan ada rancangan di sebalik pembikinan filem Karipap Karipap Cinta. Tengok pun sudah hampir separuh. Hmmm. Terdetik di hati, mengapa begitu ya?  Kalau anda seperti saya mungkin pe...

Law Kaana Bainana [with Malay lyrics]

Masa untuk mendamaikan lara di hati. Masa untuk melarikan dari terlalu mengingatkan. Masa untuk senyum dan senyum. Sungguh, ini sesuatu yang mampu menyentuh rasa dan mendamaikan.