Sebetulnya Ekspo Buku Islam telah bermula 26 Oktober lepas di KL Sentral Kuala Lumpur. Hanya berpeluang ke sana Sabtu. Tinggalkan permata hati berdua itu dalam jagaan Encik Suami sekejap. Berkelana dengan LRT sahaja. Mudah dan cepat. Ini antara buku yang berkenan di hati.
Sudah khatampun. Kata pengantar dari penerbit, katakan kepada mereka, "Kalau Yvone Ridley yang muallaf mampu melakukannya, kita yang berasal daripada agama Islam yang suci murni ini sejak dilahirkan, lebih mampu lagi untuk mencipta kejayaan dalam perjuangan."
Secara peribadi memang ada rasa malu. Bayangkanlah besar ujian yang diterimanya tetapi beliau bertahan dan tidak pernah mengalah. Bagus di saat-saat seperti ini dapat menguluti karya yang menaikkan semangat diri. Alhamdulillah.
Comments
Post a Comment