Lagi cerita sejarah dalam bentuk naratif. Kalau Saudara Isa Kamari menggunakan penceritaan dalam bentuk epik, saudara Faisal Tehrani pula mengambil pendekatan lain. Sekumpulan pelajar tahun akhir bersama dengan instutusi pengajian mereka, memfilemkan doku drama tentang sejarah kedatangan Islam di Malaysia. Bermula di Trengganu, di Kuala Berang. Ini dia novel baru Saudara Faisal Tehrani, Sebongkah Batu di Kuala Berang.
Pengarangnya sangat teliti. Lihat sahaja senarai rujukannya untuk hasil karya setebal 180 muka surat. Awas juga kerana ada banyak sindiran tajam. Siapa makan cili terasalah bahangnya. Moga dapat dijadikan iktibar.
Garapan novel ini seperti impian. Impian menyaksikan lebih banyak karya seni berunsur Islam diketengahkan. Tidak seperti longgokan karya seni yang ada pada masa ini. (Perasan tak, banyak betul cerita-cerita seram sekarang ni... Bosan teramat!) Impian membolehkan karya seni Islam bersaing dengan karya seni Barat. Impian melihat pengiktirafan karya seni Islam di mata dunia. Bilakah impian ini akan menjadi kenyataan?
Saya baru habis baca. Bagus buku ni, banyak info.
ReplyDeleteSelamat berkenalan!
Salam perkenalan Siti Salha. Terima kasih singgah di sini. Saya menyenangi karya-karya Faisal Tehrani kerana ilmu. Banyak yang boleh saya peroleh daripadanya.
ReplyDelete