Skip to main content

Sebongkah Batu di Kuala Berang Diharamkan?

Berlegar isu ini di ruang maya, Sebongkah Batu di Kuala Berang akan diharamkan.


Mengikut senarai diperoleh The Malaysian Insider, buku yang turut diperakukan untuk diharamkan ialah 1000 Hikmat (Ali Zulfakar), Methodologi Fiqih Islam Kotemporeri (Dr Ir Muhammad Shahrur), 70 Amalan Benteng Diri, Keluarga dan Kediaman Daripada Manusia dan Jin (Sharhan Shafie), Senjata Mukmin (Abu Mazaya Al-Hafiz), Detik-detik Pembongkaran Agama (NurKhalik Ridzuan), 1001 Mutiara Hikmah dan Hikmah dan Kata Nasihat (Kasmuri Selamat MA), Sebongkah Batu Di Kuala Berang (Faisal Tehrani), Commentary and Translation of the Holy Quran (Hasrath Kambam P.M Peer Muhammad Baghavy), Islam, Kemordenan dan Keindonesiaan (Dr Nurcholish Madjid) dan Islam dan Iman: Aturan-aturan Pokok (Dr Ir Muhammad Shahrur).


Lain-lain ialah Mengenal Diri: Ilmu Peninggalan Tok Kenali (Mohd Yusof Che Wook), The Teachings of the Quran (H.U. Weltbrecht Stanton), Sabda Rasullah S.A.W: Mahdi Aku Ada Dua Tanda (Mohd Zain Hassan) dan Nomad, From Islam to America: A Personal Journey Through the Clash of Civilizations (Ayaan Hirsi Ali). The Malaysian Insider, 8 Disember 2011.

Menurut khabarnya masih dalam penelitian. Antara hendak haram atau tidak. Kalau benar mahu diharamkan, atas alasan apa? Bahagian mana yang sangat menyesakkan? Saya sudah membacanya. Novel itu menyelongkar sejarah kemasukkan Islam di Nusantara. Tidak ditulis hentam melulu, sebaliknya siap dengan senarai panjang nota hujung. Ada impian. Mahu melihat kerja seni anak Melayu keluar dari kepompong lama dan diangkat ke mata dunia. Harapan karya bersandarkan agama jadi keutamaan. Memang ada sindiran. Sememangnya itu tugas orang sastera. Bukan baru-baru ini. Bahkan sejak lama dahulu. Menegur melalui tulisan.

Agak-agaknya apa reaksi pengarangnya? Pandangan peribadi, ini bukan karya terbaik Faisal Tehrani. Cuba cari penjelasan penerbit juga tidak ada. Teringin dengar ulasan guru saya, Puan Ainon. Belum ada hitam putih perkara ini. Masih atas angin.

Apakah agaknya khalayak hanya boleh dihidangkan karya-karya santai. Ringan. Bermain dengan angan-angan. Tidak perlu ilmu-ilmu baru. Tidak perlu cabar fikir. Tidak perlu merenung atau selongkar atau gali lagi. Mana keseronokkannya?

Atau saya yang kurang hadam? Jadi rabun. Ada bahagian yang kabur? Tak mengapa, novel itu antara yang awal dibeli ketika Pesta Buku 2010. Ketika masih panas. Sekarang dipanaskan semula. Mari kita ulang baca.

Comments

  1. aduh, mengapa harus diharamkan? Jakim pun tak beri ulasan dalam website mereka. sedih. kenapa novel yang penuh dengan aksi lucah dibolehkan? yg selalu membuai rasa angan-angan dan fantasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh otai dari jauh tu, datang menjengah blog saya. Terima kasih fajar. Memang tak ada ulasan yang konkrit dari JAKIM kecuali katanya ada sedikit pertentangan akidah. Ramai (ulasan dari blogger) mengatakan unsur pertentangan pada sejarah Islam masuk ke Nusantara yang diketengahkan oleh Dr Faisal. Dr Faisal sendiripun tertanya2 kenapa karyanya kena ban. Saya baca twitter Dr Faisal. Saya setuju dengan Fajar, banyak lagi karya2 yang memesongkan akidah yang perlu diharamkan. Tapi itulah...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...