Skip to main content

Hidangan Pagi Minggu & Temujanji

Pagi ini ada temujanji dengan Dr Sofiah. Berdebar-debar rasanya. Penting temujanji hari ini kerana itu kami tak dapat hendak ikut acara Hari Keluarga di sekolah Kak Long dan tolak jemputan meraikan sambutan ulangtahun ke 5 Hanna Asyalina. Selamat ulangtahun Asya. Semoga jadi anak yang solehah. Mujur Kak Long tak merengek-rengek. Rutin 2 atau 3 bulan sekali ini sudah jadi kelaziman dan Alhamdulillah Kak Long memahami.

Kesihatan Abang Ngah setakat ini dalam keadaan memuaskan. Terakhir Abang Ngah sakit pada 20 November 2010. Harap-harapnya memang Abang Ngah benar-benar pulih dan tak perlu bergantung pada ubat lagi. Tiga bulan lepas, Dr Sofiah memutuskan Abang Ngah tidak perlu melakukan prosedur EEG. Sepatutnya pada hari ini, Abang Ngah mesti melalui satu lagi prosedur EEG. Memang kelegaan buat kami. Syukur Alhamdulillah. Keputusan hari ini lebih penting lagi. Doa dan harapan agar semuanya baik-baik sahaja.

Sebelum pergi, mari kita makan dulu. Hari ini kita sarapan ala-ala barat. Pasta Carbonara. Ya ke? Hentam sahajalah kata P.Ramlee. Anak-anak suka itu yang penting. Sebetulnya resipi ini saya ambil daripada ikanpatin Myresipi dan saya olah sedikit. Ikanpatin beritahu resipi ini diperolehi dari rancangan Oprah dan dimasak oleh Tom Cruise. Oho! Terima kasih atas perkongsian ilmu.



Pasta Carbonara

Bahan-bahannya:

Pasta secukupnya - saya guna pasta penne
2 ulas bawang putih - dicincang
1ulas bawang merah - dimayang
sekeping daging burger - saya guna daging ayam
4 biji telur
2 sudu besar mayonis
garam secukup rasa
sedikit minyak masak untuk menumis
keju secukupnya
serbuk lada hitam

Cara-cara:

1. Rebus pasta dengan minyak

2. Dalam bekas yang besar, pukul telur bersama mayonis dan lada hitam. Ketepikan.

3. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan daging. Pastikan daging masak kemudian perasakan dengan garam.

4. Toskan pasta yang sudah lembut. Masukkan pasta yang masih panas ke dalam bekas telur tadi. Gaul rata.

5. Campurkan pasta ke dalam daging. Goreng sehingga sebati dan telur masak sempurna.

6. Gaul dengan keju sebelum dihidangkan. Tadaaa...



Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...