Skip to main content

Cuti-cuti ke Melaka

Sambungan entri lepas. Pagi hari ke tiga kami di Melaka, cuaca mendung. Hujan renyai-renyai. Sejak petang semalam, suami telah mula uruskan untuk membawa kami semua menaiki Quaker 1: Melaka Duck Tour. Kenderaan yang boleh digunapakai di daratan dan di air.

Kami tetap berpayung walaupun orang ramai sekitar Menara Taming Sari, tidak kerana anak-anak baru sahaja pulih dari sakit. Suami memaklumkan kami akan menaiki Quaker1 pada pukul 12.00 tengahhari. Terima kasih pada penaja. Sementara menunggu, suami cadangkan kami menaiki Menara Taming Sari.


Ini pemandangan Selat Melaka dari Menara Taming Sari.


Tempoh perjalanan menaiki Quaker 1 ini lebih kurang 45 minit. Mula-mula berkeliling sekitar Bandar Melaka. Kemudian masuk ke Selat Melaka. Kemderaan ini dikendalikan oleh orang pemandu berbeza sewaktu di darat dan di air.


Melalui Masjid Selat yang di bina di pantai Pulau Melaka. Kak Long sangat seronok terutama apabila Quaker 1 masuk ke dalam air. Percikan air laut terkena ke muka, terkekeh-kekeh ketawa. Abang Ngah diam sahaja sepanjang perjalanan. Pening agaknya. Ada 2-3 soalan kuiz tentang Quaker 1 diutarakan oleh pemandu pelancong. Siapa jawab dengan betul akan dapat wisel berbentuk mulut itik. Suami dapat jawab satu soalan jadi Kak Long dapat wisel itik. Dapat satu. Tak lama lepas itu, berebut.


Habis menjelajah dengan Quaker 1, kami menjamu selera. Kemudian mencari belacan untuk emak dan topi koboi untuk anak-anak. Anak-anak merengek hendakkan topi koboi dari Cowboy Town lagi. Suami keberatan berkitar sekitar Bandar Melaka walaupun saya berhajat membawa anak-anak ke kota A'Famosa, Muzium Samudera, naik beca tetapi bukan satu isu besar. Melaka bukan tempat asing untuk kami. Insya Allah lain kali kalau panjang umur. Dalam perjalanan ke Kota Fesyen kami singgah di Perigi Hang Tuah di Kampung Duyong. Mulanya memang suami keberatan singgah tetapi saya gesa, "Kita singgah sekejap sahaja."



Ramai pelawat ke situ mengambil air dari perigi. Airnya sejuk. Kena pula dengan cuaca yang mula terik. Kami cuma basuh muka sahaja.


Sehabis berkitar di Kota Fesyen, suami bercadang singgah di Taman Buaya. Saya agak keberatan kerana semalam kami sudah ke Animal World Safari. Mujur juga hari sudah agak lewat. Kalau masuk pun alang kepalang kerana Taman Buaya tutup jam 5:00 petang. Anak-anak nampak Zoo Melaka, terus merengek hendak masuk zoo. Oh tidak!

Kami bawa anak-anak naik kereta lembu yang ada di sekitar situ. Harga untuk sekali perjalanan RM 10.00.


Bersebelahan dengan itu, ada Muzium Orang Asli. Bayaran masuk bagi dewasa RM 2.00 seorang. Merasalah dua beradik masuk muzium. Terakhir keduanya masuk muzium ketika kami bercuti ke Kuching Sarawak.

Sebagaimana lazimnya muzium menghimpunkan banyak maklumat termasuk sosio budaya masyarakat. Dapat juga anak-anak belajar sesuatu yang berbeza. 


Sebenarnya sejak hari pertama kami sampai ke A'Famaso Resort, boleh dikatakan sepanjang jalan ada ramai penjual buah durian. Petang itu kami pun singgah. Promosinya 1 kilo = RM1.00. Cadangnya makan di bilik sahaja. Bukan hendak beli banyak pun. Rupa-rupanya auta sahaja. 1 kilo durian untuk dibuat tempoyak, harganya seringgit. Bukan buah durian yang baru. Aduh! Percuma sahaja kena marah dengan mak cik-mak cik yang kebetulan sama-sama singgah. Itulah, menipu lagi. Beli di Kuala Lumpur boleh dapat lagi murah kalau begitu.

Sepatutnya kami ada sehari lagi untuk menginap tetapi suami rasa sebaiknya kami balik sahaja ke rumah malam itu juga. Rehat. Tidak saya bantah. Bye bye Melaka, Insya Allah lain kali kami datang lagi. 

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu bawa pakaian banyak ke