Skip to main content

A'Famosa Animal World Safari

Hari ke dua, kami ke Animal World Safari. Ini lebih dekat dengan minat anak-anak. Setiap pengunjung yang berkereta akan dikenakan bayaran parkir RM 3.00. Tiada pengecualian kepada penginap di A'Famaso Resort. Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman dari luar. Kami memang sudah isi perut siap-siap.

Berdekatan dengan pintu masuk Animal World Safari ini ada seekor gajah yang asyik bergoyang mendengar muzik, kuda padi dan unta. Hendak beri makanan, sila bayar RM 5.00. Hendak menunggang, kadar bayarannya berbeza. Hendak bergambar pun boleh, sekeping gambar harganya RM 18.00. Dek kerana anak-anak seronok sangat dapat mengunggang kuda padi malam semalam, masing-masing merengek hendak menunggang kuda padi lagi. Puas memujuk, terutamanya Kak Long. Akhirnya berjaya juga.

Masuk sahaja ada seisi bergambar dengan seorang Red Indian dan juga burung-burung. Bukan sesuatu yang luar biasa, jadi abaikan. 

Berbeza sedikit dengan zoo kerana di sini pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat lagi haiwan-haiwan yang ada dengan memasuki kawasan haiwan dikurung. Sebenarnya kita yang hendak masuk ke dalam kawasan haiwan itu pun kena kurung juga. Ada trak yang berjaring dan berselak digunakan sebagai pengangkutan masuk ke dalam kawasan haiwan. Untuk menaiki Safari Truck ini tidak memerlukan bayaran tambahan.




Pak Belang sedang berehat

Ada kawasan dikhaskan untuk haiwan ternakan seperti ayam. Anda berpeluang memberi makan anak-anak ayam tetapi anak-anak saya tidak berminat. Beri makan pada arnab ini takut-takut berani sebenarnya.



Ada banyak pertunjukan di Animal World Safari ini. Ada beberapa pertunjukan dibuat 2 kali iaitu pagi dan petang. Tetapi Wild Wild West Show yang bermula jam 2:15 petang hanya sekali sahaja dalam sehari.

Lokasi




Barisan pelakon Wild Wild West Show

Habis pertunjukan Wild Wild West, suami bayar RM 5.00 seorang untuk menyaksikan secara dekat, harimau diberi makan. Dalam masa yang sama ada Multi Animal Show. Tiada bayaran tambahan untuk Multi Animal Show. Terlepas peluang menyaksikan pertunjukan itu kerana kami menaiki Safari Truck masuk ke kawasan kurungan pak belang.


Daging ayam tergantung



Yeah, dapat dah!


Sekejap sahaja habis diratah habuan untuk petang itu.


Ada banyak harimau di Animal World Safari ini. Macam gajah juga, ada banyak. Singa cuma ada sepasang sahaja. Waktu naik Safari Truck (itupun dalam perjalanan balik), baru saya terperasan rupa-rupanya perempuan mengandung dan mereka yang punya masalah kesihatan jantung tidak dibenarkan menaiki trak ini. Memang jalan keluar masuk ke kawasan kurungan haiwan tidak akan membuatkan anda selesa. Jalannya tidak berturap (takkanlah hendak turap jalan di dalam kawasan kurungan pula kan). Sememangnya tidak sesuai bagi perempuan mengandung. Mujur semuanya selamat. Hmmm memang tidak ada seorang pun petugas di situ melarang saya menaiki trak ini. Yang terjadi sudah terjadi, ini perkongsian untuk akan datang. Tak salah beringat.

Seterusnya kami menonton Bird Show. Abang Ngah sudah keletihan ketika ini. Bukan burung-burung sahaja buat pertunjukan, Abang Ngah pun ikut jadi tontonan orang ramai kerana merengek dan menangis. Memang tak selesa dibuatnya. Tak banyak gambar boleh dikongsikan kerana melayan kerenah Abang Ngah. Ini aksi dua ekor burung yang dapat mengajuk percakapan sedang membuat pertunjukan. Ada juga aksi burung melukis dan lukisan dijual dengan RM 10.00 sekeping.


Cuaca memang baik. Cuaca anak bujang saya sahaja yang kurang baik. Elok sahaja panasnya tetapi berada di tempat begini tentulah rasa dahaga. Harga sebotol air mineral RM 3.00. Ais krim pun sedap panas-panas begini kan. Ais krim Cornetto RM 5.00 satu. Dapat ais krim baru hilang rajuknya.


Elephant Show mengakhiri pertunjukan di Animal World Safari. Haiwan terbesar di darat ini sangat menarik minat anak-anak kerana sirah tentera bergajah dan juga filem animasi Thai yang selalu mereka tonton. Macam-macam kebolehan gajah dipertontonkan termasuk gajah melukis. Lukisan itu boleh dibeli dengan harga RM10.00 sekeping. Ini aksi seekor gajah bernama Tanjung yang cuba mengejut kawannya bangun dari tidur. Comel sangat!


Kawannya datang membawa setimba air. Nah rasakan!


Yeay, berjaya pun!


Kami tidak berkesempatan ke Monkey Island. Hendak juga tahu perbezaannya dengan Orang Utan Island di Bukit Merah. Mungkin lain kali. Anak-anak seronok di sini. Kebarangkalian mengulang bertandang itu ada. Semua sudah keletihan, selain masa memang tidak mengizinkan. Malam itu anak-anak masing-masing tidur awal, kepenatan. Tambahan pula hujan. Kami berdua makan burger sahaja. Hasrat hendak menjamu ikan bakar terbatal kerana tak sampai hati mengejutkan dua beradik yang lena beradu. 


Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...