Skip to main content

Tentang Sahabat

Ada banyak kisah tentang sahabat. Peribahasa Melayu juga kaya dengan perumpamaan tentang sahabat.

Lama sama dibagi, rugi sama diterjuni maksudnya persahabatan yang sangat karib.

Lagi lauk lagi nasi maksudnya makin kaya seseorang, makin banyak sahabatnya.

Layar menimpa tiang maksudnya kawan menjadi lawan.

Hari ini dalam kuliah Zohor, Ustaz Shauqi membimbing tentang adab bersahabat. Ustaz Shauqi menggunakan buku Indahnya Hidup Bersyariat. Sebagaimana maklum hubungan manusia terbahagi kepada 2 kategori iaitu hubungan dengan Allah SWT dan hubungan sesama manusia. Seseorang itu tidak boleh mengabaikan hubungan sesama manusia dalam hidupnya.

Allah SWT memberikan peringatan tentang hubungan sesama manusia dalam firman-firmanNya. Antaranya dalam Surah Al-Kahfi ayat 28, Surah Luqman ayat 15 dan Surah Ali Imran ayat 103. 

Sekiranya banyak perumpamaan tentang sahabat, hadis tentang sahabat jauh lebih banyak lagi. Dalam satu hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai rakan.

Larangan hadis ini menegah bersahabat dengan orang yang mengingkari perintah Allah SWT. Ustaz Shauqi menyatakan ini boleh dijadikan panduan dalam mendidik anak-anak. Gejala-gejala sosial seperti rokok, dadah tidak dapat tidak sangat berkait dengan pengaruh manusia yang dipanggil kawan, sahabat dan rakan. Kenal pasti dengan siapa anak-anak berdamping. Sekiranya sahabatnya itu seorang yang baik dan suka kebaikkan, pengaruhnya akan ada terkesan keatas sahabatnya. Begitulah sebaliknya.

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, diumpamakan rakan yang soleh dengan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan peniup dapur tukang besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberikan kamu atau kamu akan membeli daripadanya atau kamu akan mendapatkan aroma harum daripadanya. Tetapi peniup dapur tukang besi, mungkin akan membakar pakaian kamu atau kamu akan mencium bau yang tidak sedap daripadanya. 

Seseorang sahabat yang baik dan melakukan kebaikkan, tempiasnya sedikit sebanyak akan kena kepada kita. Begitu juga sebaliknya. Sebagaimana kita berkawan dengan pencuri. Tatkala dia tertangkap, orang lain juga akan pandang serong kepada kita kerana menyangka, kita ikut mencuri.


Ada panduan yang boleh diikuti daripada Al Qamah, seorang ulama dan sahabat Rasulullah saw kepada anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:

1. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
2. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.
3. Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.
4. Jika engkau berdua berselilih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Ulama Abu Sulaiman Al Darani mengingatkan dengan meninggalkan pesanan ini dalam memilih sahabat:

1. Orang yang mudah engkau berurusan dalam kehidupan seharian.
2. Orang yang dapat memberikan faedah dan manafaat dalam segala perkara.

Ingat tentang Perang Yarmuk? Ustaz Shauqi kembali menceritakan tentang kisah mementingkan sahabat berbanding diri sendiri. (Saya pernah dengar Ustaz Don menceritakan kisah ini. Ada mengatakan tiga orang, ada yang mengatakan tujuh. Tetapi yang pasti ini kisah benar, pengorbanan sahabat). 

Kisah yang diriwayatkan oleh Abu Jahim bin Huzaifah yang turut sama di medan perang dan dalam usahanya membantu pahlawan Islam yang tercedera dengan membawa sedikit air untuk diminum. Ketika air itu hendak disuakan ke mulutnya. Telinganya terdengar rintihan pahlawan yang lain meminta air. Katanya, "Berikanlah kepadanya kerana dia lebih memerlukan". 

Abu Jahim bergerak ke arah suara yang meminta itu. Tatkala air hampir disuakan ke mulutnya, terdengar rintihan yang lain meminta air. Sekalipun dahaga, air itu tidak diminum sebaliknya mengisyaratkan air itu diberikan kepada yang lain. Abu Jahim bergerak untuk memberikan air. Sayangnya pahlawan itu tidak sempat minum kerana telah syahid. Apabila Abu Jahim kembali kepada kedua orang pahalawan terdahulu didapatinya kedua-dua mereka juga telahpun syahid.

Benarlah kata Sayidina Ali RA, saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu (ketika susah dan senang). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikkanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu

Sahabat-sahabat saya sekalian, terima kasih. Terima kasih dalam memberi dan menerima. Bersama dalam susah, dalam senang. Sanggup menangis dan ketawa bersama. Sudi mendengar dan menasihati. Terima kasih. (Walaupun ada diantara kalian yang tidak membaca nukilan ini)

Comments

  1. alhamdulillah.terima kasih.maklumat yang berguna.saya dah masukkan dalam karangan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Terima kasih kerana menggunakannya. Saya tolong sampaikan, apa yang saya dapat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...