Skip to main content

Duduk Dalam Kasut

Suka sangat menonton Children of Heaven. Filem lama dari Iran. Memang bagus dijadikan alat bantuan mengajar untuk mendidik anak-anak. Ish teringat zaman-zaman cikgu-cikgu dulu-dulu. Tukar nada (serius sikit), memang mesej cerita ini sangat baik. Walaupun filem ini diterbitkan pada tahun 1997. Masih relevan. Jika tidak, masakan adaptasi filem ini juga berjaya meraih anugerah.

Rasanya ramai yang sudah menghayati cerita ini. Tambahan pula TV Al Hijrah tayangkan semula cerita ini. Bagi yang belum tahu, ringkasan ceritanya begini: Ali telah menghilangkan kasut adiknya Zahra, ketika beliau sedang memilih kentang. Kasut itu baru sahaja selesai dibaiki. 
Sebenarnya semua terjadi secara tidak sengaja. Kasut itu telah dikutip oleh pengumpul barang-barang terpakai. Ali berpakat dengan Zahra untuk merahsiakan perkara itu. Mereka bergilir-gilir memakai kasut Ali untuk ke sekolah. Kebetulan Zahra bersekolah sebelah pagi dan Ali sebelah petang. Ada banyak adegan yang menyentuh perasaan ketika mereka saling berkongsi kasut.


Keluarga mereka miskin. Ibu mereka sakit. Ayah mereka berusaha sedaya upaya memberikan kehidupan yang baik buat keluarganya. Berusaha membuat kerja-kerja tambahan bagi meningkatkan lagi kualiti hidup keluarganya. Dalam umur sekecil itu, mereka sangat memahami kerana itulah mereka sanggup berkongsi sepasang kasut. Bayangkan untuk membeli sepasang kasut sahaja, kedua mereka tahu ketidakmampuan si ayah. Hati mana yang tidak luluh. 
Dalam pada itu Zahra merasakan kasut miliknya itu dipakai oleh salah seorang murid di sekolahnya. Setelah yakin, Zahra mengajak Ali ke rumah murid itu bagi menuntut kembali haknya. Ada nilai kemanusiaan yang tinggi di sini. Walaupun yakin kasut itu kepunyaannya, Zahra membatalkan hasrat membuat tuntutan tatkala mengetahui ayah murid itu seorang yang cacat penglihatan. Zahra tetap menjalinkan persahabatan waima hatinya terusik setiap kali memandang kasutnya. Zahra juga menahan perasaan kecewanya apabila mengetahui kasut itu akhirnya telah dijual. Bagaimana rasanya duduk di dalam kasut Zahra?

Ali merasa sangat bersalah kerana menghilangkan kasut Zahra, telah memutuskan menyertai pertandingan lumba lari. Hanya kerana hadiah tempat ketiga merupakan sepasang kasut. Ali berazam untuk mendapatkan hadiah itu buat Zahra. Akan tetapi Ali memenangi tempat pertama dalam pertandingan itu. Kecewa kedua beradik itu. Tanpa mereka ketahui ayah mereka telah membelikan mereka berdua setiap seorang sepasang kasut. Masa depan Ali juga diperlihatkan cerah dengan sepasang kaki miliknya yang menjadikan beliau atlet terbilang. Wow! Mengapa filem kita tidak berwajah kita? Jawab dalam hati boleh!?  
Ali faham perasaan Zahra yang terpaksa duduk dalam kasutnya. Zahra juga faham perasaan Ali kerana itu mereka sanggup berkongsi kasut yang sama. Sudah berlanjutan persoalan duduk dalam fikiran tetapi tidak ada jawaban yang pasti. Akhirnya saya memutuskan begini, sepatutnya saya cuba duduk di dalam kasutnya. Barangkali dari situ saya akan dapat kepastian. Tak faham tak mengapa, saya sendiri pun sedang cuba untuk memahami.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...