Skip to main content

Pengajaran Terbaik

Gol yang terbaik dihasilkan oleh Nazmi Faiz. Gol jarak jauh yang sangat mengujakan. Kemudiannya gol nasib baik daripada Mahali. Selepas itu semua rasa selesa. Semua rasa gembira. Lebih-lebih lagi pasukan pelawat cuma bermain dengan sepuluh orang. Mahal harga yang terpaksa dibayar.

Malaysia perlukan 3 mata sehingga terlupa, Bahrin juga perlukan 3 mata. 3 mata itu dihidupkan saat semua menyangka kemenangan milik kita. Bola sepak tidak begitu. Malah apa-apa perlawanan juga tidak begitu. Ingat Faizal Ramli? Tumpasnya juga di saat-saat akhir. Sekaligus melenyapkan impian. Saya pernah mengatakan gaya bertahan tidak menjanjikan kemenangan untuk kita. Selama mana Khairul Fahmi dapat bertahan. Nah semua telah terbukti. Dalam tempoh yang sangat singkat, Bahrin merealisasikan impian. Sujud syukur hampir kesemua pemainnya setelah menyumbat 3 gol. Sekaligus 3 mata. Menghidupkan impian mereka, meranapkan harapan kita.

Saya anak watan. Rasa kecewa memang terasa. Memang bukan rezeki kita. Semua harapan seperti telah terkubur. Perlu kita akui, mutu permainan kita masih jauh terbelakang. Bagaimanapun perlawanan dengan lawan-lawan yang lebih baik ini, sepatutnya diperbanyakkan lagi. Beri pengalaman dan pelajaran. Juga tidak boleh kita sandarkan harapan hanya pada pemain-pemain tertentu. Ketiadaan mereka sememangnya menjejaskan rentak permainan. Bayangkanlah perlawanan tanpa penjaga gawang terbaik negara, Khairul Fahmi. Apa sahaja masalah peribadinya, tolong beliau selesaikan. Ramai mengatakan cerita-cerita kurang enak itu terbawa-bawa dalam perlawanan. Jangan sampai menjejaskan prestasi cemerlang. Pujian sememangnya layak buat Nazmi Faiz. Pemain terbaik perlawanan.


Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...