Takziah Harimau Muda atas kekalahan pada lawan yang lebih baik pada perlawanan malam tadi iaitu Syria. Sebelumnya pujian atas kemenangan mempertaha emas di Sukan SEA yang baru sahaja tamat beberapa hari lalu. Puas menyaksikan kemenangan negara. Banyak rintangan dan Allah SWT beri ganjaran kemenangan. Faktor keletihan pemain dan kecederaan ramai pemain, antara penyebab kekalahan Malaysia. Turun bermain bukan dengan keupayaan sebenar. Wow! Yakah ulasan ini?
Syria, negara bergolak ketika ini. Sejuk hati melihat pemain-pemainnya sujud syukur meraikan gol pertama mereka. Maha suci Allah. Permainan nampak seimbang ketika separuh masa pertama. Separuh masa kedua, hasrat melihat pasukan harimau mengaum tak kesampaian. Hampir tidak ada serangan berbahaya. Berbeza benar ketika mementang Indonesia tempoh hari. Lebih banyak bertahan. Kawalan bola sangat lemah. Asyik hilang bola pada pemain lawan. Memang diakui ketua pasukan Khairul Fahmi adalah pemain cemerlang tetapi gaya bertahan tidak akan menghasilkan gol. Sudahnya kita yang putih mata!
Tipis harapan melihat Harimau Muda beraksi di Olimpik London. Bagusnya, semua ini beri pengalaman buat pemain-pemain kita. Ambil iktibar. Perbaiki kekurangan. Harapnya menentang Bahrin nanti, kita tidak akan tewas. Bangun dan melawan. Harimau sudah luka, bukan?! Harimau luka tentu lebih garang lagi!
Comments
Post a Comment