Tempoh memulihkan diri yang diberikan doktor, benar-benar dapat dimanafaatkan dengan membaca sebanyak mana buku yang boleh. Salah satunya inilah, Pelangi Pagi . Ringan sahaja novelnya berbanding Badai Semalam karya penulis yang sama. Pelangi Pagi lekas mengingatkan saya pada novel, Siti Johana karya Amaruszati Noor Rahim (penulis yang kini beralih bidang, pengusaha bakeri). Sedikit berbeza kerana Siti Johana berperwatakan mirip lelaki yang berjaya di'kembalikan' ke asalnya dengan bantuan Cikgu Taufik. Lebih kepada benci bertukar cinta. Novel dari cerpen yang tersiar di Dewan Siswa. Watak Noraini sangat berbeza dengan Siti Johana. Noraini remaja yang terperangkap dengan budaya hedonisme. Mengenetepikan langsung soal pelajaran, masa depan malah harapan kedua orang tuanya. Benarlah kata Saidina Ali, sahabat itu cerminan diri. Baik sahabat kita, terdorong ke arah kebaikkanlah diri kita. Bersahabat dengan Zaidah yang ulat buku memangkin semangat belajarnya. Tetapi yan...