Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Semangat Untuk Pelawanan Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2014

Singapura vs Malaysia. Perlawanan ini memang menarik. Imbas kembali jaringan Indra Putra yang memastikan kemenangan mutlak milik negara sebagai semangat untuk pemain Harimau Malaya menghadapi separuh akhir pertama ini. Bermula daripada kesilapan penjaga gol Singapura.  "Bro, memang iltizam awal awak hendak menjadikan perlawanan seri itu, baik tapi perlawanan belum tamat". "Tengok Indra berjaya rembat masuk. Bro, gawang awak kosong.Kosong." Tahniah, Indra Putra kerana bijak memanafaatkan peluang. Inilah bola sepak. Apa peluang kita selepas ini? Saya menunggu kemunculan Badri Radzi. Hendak tengok kehebatan beliau di pentas antarabangsa. Adakah boleh beliau menyumbat gol dari tendangan sudut? Jika itu terjadi, alangkah istimewanya. Apabila baca cerita-cerita tentang kesukaran dan kesungguhan peminat, memberikan sokongan, rasa sangat terharu. Tak banyak yang boleh dikatakan. Apa-apa pun sebagai rakyat Malaysia, saya tetap akan memberi sokongan. ...

Detik-detik Cinta Menyentuh

Tiba-tiba teringat tentang kisah menyayat hati dari filem ini. Lakonan pelakon popular Indonesia pada ketika itu iaitu Rano Karno. Sebelum peminat dari Malaysia menggilai Nicholas Saputra atau Baim Wong, Rano Karno lebih dahulu mengambil tempat. Pun rasanya ini filem saduran. Pernah menonton filem, tidak pasti samaada dari Hong Kong atau Tanah Besar China, dengan plot yang sama. Kecil sangat lagi usia ketika itu tetapi masih ingat dengan jelas plot ceritanya. Kisah seorang wanita yang mengambil keputusan meninggalkan suami dan mertua yang kaya raya untuk membesarkan anak lelakinya yang cacat anggota, sendirian dalam keadaan daif. Dek kerana kecacatannya, selalu anak itu diejek dan dibuli. Wanita itu tak berupaya menyekolahkan anaknya sehingga peringkat tertinggi. Anak itu terpaksa bekerja (kalau tak silap) di sebuah kedai buku bagi penampung pengajiannya. Kemudiannya bercinta dengan seorang anak gadis dari keluarga berada. (Lupa pula bagaimana mereka boleh berjumpa) Hubungan pe...

Cuti-cuti di Bukit Merah Laketown

Kami beli tiket ke Bukit Merah Lake Town ketika menghadiri Smart Kids pada bulan April. Ada banyak pilihan percutian. Tinggal pilih ikut kemampuan. Kami pilih Bukit Merah Laketown selain daripada merasakan tawaran promosi paling berbaloi, mampu dan memudahkan kami bawa keluarga saya bersama. Promosi lebih daripada separuh harga untuk penginapan, taman tema serta mini zoo. Menarikkan. Ya, sebab cuti sekolah lebih dua minggu itu iaitu hujung bulan Mei hingga pertengahan Jun, anak-anak tinggal di kampung. Kami memilih untuk menginap 2 malam di Suria Service Apartments. 2 keluarga, 2 bilik. Cuti sekolah, memang ramai orang. Kami pun sampai lambat juga. Ada dua buah kenduri kahwin. Satu di Ipoh. Satu di Taiping. Campur sesat-sesat mencari rumah pengantin di Taiping, jadi lapar semula walaupun sudah makan nasi minyak di Ipoh. Urusan kami lambat di Bukit Merah Laketown ketika itu, cuma kerana menunggu bilik dikemaskan. Pembayaran sudah dibuat di booth Smart Kids. Pihak pengurusan men...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Karnival Upin & Ipin 2014 di PICC Putrajaya: Satu Pengajaran

Lama sangat teringin hendak bawa anak-anak pergi ke Karnival Upin & Ipin tapi setiap kali karnival dibuat, bertindih pula dengan jadual kerja atau program keluarga. Kali ini Karnival Upin & Ipin akan diadakan di Putrajaya. Kali pertama secara besar-besaran. Lebih istimewa ada kartun animasi yang masa kecil-kecil dulu, mak ayahnya pun suka tengok. Kartun apa lagi, kartun Ultraman. Saya tidak tahu tentang ibu bapa lain kerana tulisan saya dalam entri ini tidak mewakili pandangan dan luahan perasaan orang lain, melainkan diri saya, suami dan keluarga sendiri. Jika anda beranggapan sebaliknya, saya gembira kerana ianya bagus untuk anda. Ada ibu bapa tidak membenarkan anak-anak mereka menonton kartun. Apa lagi Ultraman. Memang betul ada kartun yang tidak sesuai untuk tontonan anak-anak. Kartun buat anak-anak leka pun, betul juga. Ibu bapa yang mengasuh anak-anak sendiri atau punya pengasuh yang komited mengawal pergerakan anak-anak, tentu dapat mengalihkan perhatian anak-anak d...

Mendiang Datuk Yeoh Kian Teik

Pada hari Ahad ini, Mendiang Datuk Yeoh Kian Teik akan disemadikan di Paradise Memorial Park. Menghembuskan nafas terakhirnya pada Rabu, 5 November 2014. Mendiang Datuk Yeoh adalah majikan ayah. Puluhan tahun. Sejak mediang berkhidmat sebagai seorang peguam lagi. Mempunyai firma gumaannya sendiri. Lama sudah, mediang sakit. Sebelum sakitnya, mendiang Datuk Yeoh selalu menziarah kami sekeluarga ketika hari raya. Mendiang memang tidak banyak bercakap. Oleh sebab keadaan kesihatannya, juadah raya bukan untuk dijamah. Mendiang sekadar berziarah sebagai seorang majikan.    Kami sekeluarga turut sedih atas pemergian ini, ayah terutamanya. Ayah saya masih bekerja. Untuk lelaki seumur ayah sepatutnya, sudah lama ayah tidak bekerja. Namun ayah terus juga bekerja dengan mendiang.Selagi sifat makhluk itu bernyawa, sampai masanya maka akan kembali kepada Pencipta.

Sempena MCCD 2014 (Malaysia Cocoa & Chocolate Day @ Hari Koko & Coklat Malaysia)

Lama tuan rumah biarkan rumah bersawang. Hari ini kita bersihkan sawang sebab hendak mewar-warkan berita gembira terutamanya kepada penggemar coklat di Malaysia. MCCD 2014 akan diadakan Tarikh: 27 - 28 September 2014 Tempat : Hall 3, Mid Valley Exhibition Centre Tema: Cocoa for Health & Fun Sempena sambutan MCCD 2014, kursus khas untuk media pun diadakan di Cocoa Innovative & Technology Centre pada 5 September 2014. Saya mulanya perasan tentang kursus percuma satu hari untuk blogger di facebook . Sama seperti kali pertama ke sana, saya mendaftarkan diri ketika waktu sudah suntuk. Mujur masih ada tempat. Langsung tak tahu menahu rupanya, kursus itu adalah kursus media. Blogger telah dianggap sebagai salah satu daripada medium penyampai maklumat kepada masyarakat. Untuk itu terima kasih buat Lembaga Koko Malaysia yang menganjurkan kursus ini. Layanan daripada kakitangan Lembaga Koko Malaysia memang baik dan mesra. Sama seperti kali pertama saya ke sana. ...

Palestin Bermandi Darah - Di mana Kalian?

Aidilfitri sangat berbeza sekali, kali ini. Kemeriahannya tak terasa. Bagaimana hati hendak suka, kalau melihat semua derita ini. Palestin terus bermandi darah para syuhadah. Jenazah mangsa MH17 belum dapat disemadikan. Malah usaha mencari masih diteruskan. Mangsa MH370 masih belum ditemukan. Tidak nampak jalan terang dalam usaha pencariannya. Benar, ini semua tidak ada pertalian darah dengan saya tetapi jauh di lubuk hati yang paling dalam, ini adalah kemanusian. Ini memerlukan penglibatan langsung saudara sesama Islam. Pemimpin-pemimpin Islam. Saat Palestin diletupkan, mangsa-mangsa umat Islam lain terus ditindas tanpa belas. Kita bercakap tentang mangsa-mangsa lain di Myanmar, selatan Thailand, Xinjiang China, Iraq, Syria, Mesir, Afghanistan dan tempat-tempat lain. Semua tanpa pembelaan sewajarnya. Pemimpin-pemimpin beragama Islam, kebanyakkannya memeluk tubuh. Berkuasa tetapi berkecuali atau buta mata hati. Terjadinya tragedi seperti ini, tebal rasa ma...

Ramadan di Gaza

Gaza - bumi yang tak putus-putus oleh simbahan darah syuhadah. Ketika dunia sedang dilekakan oleh perebutan sebiji bola bagi menentukan negara manakah yang layak menjulang trofi Piala Dunia 2014, umat Islam di Palestin hebat dibantai. Lebih teruk daripada pasukan Jerman mengaibkan pasukan Brazil. Tidak ada kata yang paling sempurna yang menterjemahkan suasana di sana ketika ini. Benarlah bulan Ramadan ini bulan perjuangan. Peperangan Badar berlaku dalam bulan Ramadan. Perang Khandak berlaku dalam bulan Syawal namun persiapan menggali parit dibuat dalam bulan Ramadan. Konon serangan bertali arus sebagai membalas balik serangan-serangan ke atas Israel oleh Hamas (http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Palestinian_rocket_attacks_on_Israel,_2014). Cuba perhatikan kebanyakkannya, menyatakan no injuries were reported atau no injuries or damage were reported . Beza besar bukan. Allah sudah angkat semua rasa peri dalam hati mereka sehingga tidak ada walau sebesar zarah sekalipun...