Skip to main content

Semangat Untuk Pelawanan Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2014

Singapura vs Malaysia. Perlawanan ini memang menarik. Imbas kembali jaringan Indra Putra yang memastikan kemenangan mutlak milik negara sebagai semangat untuk pemain Harimau Malaya menghadapi separuh akhir pertama ini. Bermula daripada kesilapan penjaga gol Singapura. 
"Bro, memang iltizam awal awak hendak menjadikan perlawanan seri itu, baik tapi perlawanan belum tamat".


"Tengok Indra berjaya rembat masuk. Bro, gawang awak kosong.Kosong."
Tahniah, Indra Putra kerana bijak memanafaatkan peluang. Inilah bola sepak. Apa peluang kita selepas ini? Saya menunggu kemunculan Badri Radzi. Hendak tengok kehebatan beliau di pentas antarabangsa. Adakah boleh beliau menyumbat gol dari tendangan sudut? Jika itu terjadi, alangkah istimewanya.

Apabila baca cerita-cerita tentang kesukaran dan kesungguhan peminat, memberikan sokongan, rasa sangat terharu. Tak banyak yang boleh dikatakan. Apa-apa pun sebagai rakyat Malaysia, saya tetap akan memberi sokongan. 


Buat semua pemain-pemain, kumpulan jurulatih dan pihak pengurusan Harimau Malaya, good luck.

Comments

  1. Assalamualaikum Puan Syidah..

    saya ada terbaca post lama di blog ini,
    http://sejuta-warna-pelangi.blogspot.com/2011/05/faisal-tehrani.html

    Saya sebenarnya sedang mencari novel Perempuan Politikus Melayu tetapi agak payah nak dijumpai..

    Jadi, saya ingin bertanya saamada puan syidah berminat untuk menjual buku tersebut kepada saya.
    Insya allah, saya juga sedia utk menerima harga 'gila-gila' dari puan (seharapnya tidak segila ribuan ringgit) :P


    Sekian, Terima kasih
    khuzairisudari@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam Tuan,

    Amboi sanggup terima harga 'gila-gila'. Dr Faisal Therani patut baca komen tuan. Tentu beliau sangat terharu dan bangga, ada peminat sehebat tuan.

    Maaf tuan. Saya tidak berniat untuk menjual koleksi buku-buku saya terutama buku-buku terbitan tahun-tahun terdahulu kerana nilai pada buku-buku tersebut. Saya selalu berharap ini jadi warisan untuk anak-anak, mendapatkan bahan bacaan terbaik. Maaf.

    Bagaimanapun saya sarankan tuan cuba cari di kedai-kedai sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman kerana di sana saya beli novel 'Perempuan Politikus Melayu' di bawah harga sebenar. Mungkin termasuk dalam kategori untuk pelupusan, ataupun cuba hubungi Dr Faisal Tehrani sendiri melalui twitter beliau. Mana tahu beliau masih mempunyai naskhah lebihan untuk dijual. Setahu saya, penulis ada beberapa naskhah bagi setiap bahan terbitan beliau.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...