Skip to main content

Detik-detik Cinta Menyentuh

Tiba-tiba teringat tentang kisah menyayat hati dari filem ini. Lakonan pelakon popular Indonesia pada ketika itu iaitu Rano Karno. Sebelum peminat dari Malaysia menggilai Nicholas Saputra atau Baim Wong, Rano Karno lebih dahulu mengambil tempat. Pun rasanya ini filem saduran. Pernah menonton filem, tidak pasti samaada dari Hong Kong atau Tanah Besar China, dengan plot yang sama. Kecil sangat lagi usia ketika itu tetapi masih ingat dengan jelas plot ceritanya.


Kisah seorang wanita yang mengambil keputusan meninggalkan suami dan mertua yang kaya raya untuk membesarkan anak lelakinya yang cacat anggota, sendirian dalam keadaan daif. Dek kerana kecacatannya, selalu anak itu diejek dan dibuli. Wanita itu tak berupaya menyekolahkan anaknya sehingga peringkat tertinggi. Anak itu terpaksa bekerja (kalau tak silap) di sebuah kedai buku bagi penampung pengajiannya. Kemudiannya bercinta dengan seorang anak gadis dari keluarga berada. (Lupa pula bagaimana mereka boleh berjumpa) Hubungan percintaan ditentang keluarga perempuan tetapi mereka tetap berkahwin. Anak wanita itu kemudiannya menjadi seorang pengarang terkenal. Berupaya tidak hanya membalas budi ibu yang telah banyak berkorban tetapi juga menjaga ayahnya yang telah jatuh miskin. Apabila sudah terkenal dan kaya, mertuanya baru dapat menerima beliau sebagai menantu. Namun akhirnya beliau meninggal selepas menderita kanser otak.

Ada yang mengatakan ini pepatah Cina. Pepatah ini ada dalam filem ini sebelum pengarang terkenal itu menghembuskan nafasnya. Kurang pasti, bagaimanapun ini antara sebab saya sibuk gunting dan kumpul mutiara kata dari surat khabar dan majalah.

Dengan wang dapat membeli rumah tetapi tidak dapat membeli kehidupan
Dengan wang dapat membeli jam tetapi tidak dapat membeli waktu
Dengan wang dapat membeli buku tetapi tidak dapat membeli pengetahuan
Dengan wang  dapat membeli katil tetapi tidak dapat membeli tidur yang lena
Dengan wang dapat membeli doktor tetapi tidak dapat membeli kesihatan
Dengan wang dapat membeli darah tetapi tidak dapat membeli nyawa
Dengan wang dapat membeli seks tetapu tidak dapat membeli cinta

Klise. Memang klise tapi sejauh mana pun peredaran masa dan zaman, tetapi darjat pangkat, masih isu yang berlegar. Malah kata-kata klise seperti, "yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana" atau peribahasa "enggang dengan enggang, pipit dengan pipit", masih sangat relevan. Betul tak?!

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...