Skip to main content

Teater Muzikal Pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak UNISEL 2013

Adik bongsu beriya-iya mengajak kami sekeluarga ke UNISEL. Ada persembahan teater muzikal tetapi Adik cuma  terlibat di belakang tabir. Beriya-iya Adik hendak anak-anak menonton teater dalam bahasa Inggeris ini.

Setelah sebulan lebih bercerita, mengajak tup tup Adik beritahu akan ikut sama berlakon. Katanya akan memainkan antara watak penting dalam persembahan. Lagi jatuh wajib kena pergi. Adik bayar tiket kami untuk menonton. RM 3.00 seorang. Persembahan Adik sebelah petang, pukul 2:00. Ada tiga persembahan, Sleeping Beauty, Snow White dan Aladdin.

Persembahan Snow White, persembahan yang ke dua pada petang itu. Mulanya rasa janggal sebab kami datang sekeluarga. Sedangkan dewan dipenuhi dengan pelajar-pelajar UNISEL. Kami ambil tempat duduk paling hadapan. Semasa persembahan Sleeping Beauty berjalan, dewan beransur penuh. Baru nampak kelibat kaum keluarga yang lain walaupun tidak ramai.


Alhamdulillah kami rasa sangat berbaloi datang dari jauh. Watak Adik sebagai Ahli Sihir dalam Snow White sangat berkesan dan mengujakan. Ini kali pertama Adik berlakon. Sungguhpun begitu Adik kelihatan yakin. Menitis air mata Emak menyaksikannya.


Kata Adik, setiap persembahan akan diberi markah yang sama. Namun demikian kelihatan setiap pelajar bersungguh-sungguh membuat persembahan. Tahniah. Semoga anda semua akan lulus dengan cemerlang. Sudah tentu saya suka dengan watak yang Adik mainkan. Selain itu, saya terhibur dengan watak Aladdin, Karpet dan Jin dalam persembahan Aladdin, watak Snow White dan Emak Tiri dalam persembahan Snow White. Juga watak Ahli Sihir dalam persembahan Sleeping Beauty. Tahniah semua.


Anak-anak ikut terhibur. Cuma si kecil hero saya itu yang tidak mahu duduk diam-diam. Memecahkan tiga biji belon di dalam dewan ketika persembahan berlangsung. Sewaktu Adik keluar dengan hilaian dan tawa, terpegun juga si kecil. Biasa, tumpuan bayi tidak lama. Mujur tidak menangis. Kami juga dapat hadiah cabutan bertuah. Seronok? Sangat seronok. Sekali lagi, tahniah untuk pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan para pensyarah UNISEL yang terlibat dalam menjayakan persembahan teater muzikal ini. Hebat!

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...