Skip to main content

Barangan Perkahwinan di Kedai Bunga Vivan, Chow Kit

Sekarang semua barang naik harga. Hujan sahaja yang turun kan. Hmmm... Pening memikirkan harga minyak naik, harga gula naik. Tarif elektrik beberapa hari sebelum pilihanraya sudah naik. Cukai pintu pun naik, surat sudah sampai. Kos sara hidup naik dan terus meningkat naik. Memang orang kata yang naik harga itu minyak, mengapa pula harga barang makanan boleh naik? Sedangkan bukannya goreng pisang dengan minyak RON 95. Kos pengangkutan meningkat apabila harga minyak naik. Impaknya pada harga makanan. Impaknya pada barang-barang lain yang kita gunakan.

Bukan semua barang dalam kawalan. Jadi ramai yang tidak sedar, harga ikan sardin dalam tin meningkat, harga susu formula turut naik. Ini semua tidak diumumkan kepada masyarakat. Siapa yang rajin buat perbandingan harga akan perasan harganya sudah berbeza. 

Saya paling tidak suka apabila ada yang mengatakan, harga minyak di Thailand lebih tinggi atau harga minyak di Indonesia lebih mahal. Sebabnya? Saya tidak tinggal di Thailand atau Indonesia atau negara-negara lain, saya tinggal di Malaysia yang mengeluarkan hasil bumi iaitu minyak. Untuk makluman sehingga bulan Julai 2013 eksport Malaysia bagi mineral fuel, oil etc berjumlah 27,755.617 millions of US Dollars. Pada tahun 2012, eksport mineral fuel, oil etc berjumlah USD 46,327.205 milion. Eksport ke 2 terbesar negara selepas electrical machinery. Ini fakta.

Maaf, panjang pengenalan untuk hari ini. Pengenalan untuk orang yang akan memulakan hidup baru atau berkeluarga. Bercakap tentang memulakan hidup berkeluarga, mesti ada kenduri serba sedikit. Buat persediaan untuk bunga telur, buah tangan untuk tetamu itu dan ini, keluar banyak belanja juga. Kalau dulu ramai yang mengatakan di Nilai, pilihannya banyak dan murah. Tapi ada juga yang mengatakan barangan di Nilai sudah tidak semurah dahulu. Sebenarnya di Kuala Lumpur, ada juga pilihan yang berpatutan. Tak perlu jauh-jauh ke Nilai.

Terima kasih tuan punya blog Stories of Rina, entrinya tentang arah ke Kedai Barang Perkahwinan Vivian, Chow Kit sangat membantu. Entri bergambar langkah demi langkah menuju ke kedai. Paling membantu adalah gambar Gerai Murtabak Ana. Hujung minggu lepas keluarga datang dari Utara untuk menyaksikan persembahan teater adik bongsu. Alang-alang sudah ada di Kuala Lumpur, singgah di sini untuk membeli barangan perkahwinan. Berjaya beli bunga telur (80 sen setangkai), bunga manggar (3 bungkus RM 10.00), bunga-bunga untuk hiasan (3 jambak RM 10.00) dan hadiah untuk tetamu.


Kedudukan Kedai Bunga Vivian memang tersorok di dalam Pasar Chow Kit. Tidak begitu tersusun barangan di kedainya. Ada yang kena mendongak ke atas. Maklumlah keadaan kedainya yang kecil tetapi untung besar tauke kedai, ramai pelanggannya.


Cari kelainan? Ada lampu Aladdin di jual di sini. Mana tahu hendak buat perkahwinan tema cerita-cerita dogeng ke. Maaf tak teringat hendak tanyakan harganya.


Pilihan buah tangan tetamu yang di beli di kedai ini kerana harganya jauh lebih murah. Sebelum masuk ke Kedai Bunga Vivian, kami sempat singgah di sebuah kedai menjual barangan perkahwininan. Harga gelas yang tinggi, RM 4.80 seunit. Harga yang ditawarkan, RM 1.80 di Kedai Bunga Vivian. Gelas yang rendah RM 1.30 seunit. Harga tanpa kain organza. Bakal pengantin berkenan gelas yang rendah siap berbungkus dengan kain organza. Harganya RM 1.75 seunit.
Bukan semua barangan yang di jual di sini, harganya murah. Contoh macam dulang hantaran kerawang plastik ini, harganya RM 5.00 seunit. Jika anda di Utara, Ipoh terutamanya, kedai menjual barangan perkahwinan di Jalan Kuala Kangsar menawarkannya pada harga serendah RM 2.50 seunit. Jauh juga beza harganya. Separuh harga. Kena rajin meninjau harga barangan. Terima kasih kepada para blogger yang rajin berkongsi maklumat. 

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...