Skip to main content

Green View Garden & Avant Chocolate Cameron Highlands

Apabila Cameron Highlands dilanda banjir lumpur yang menggemparkan negara, baru ramai yang buka mata tentang aktiviti pertanian berdekatan Sungai Bertam dan penerokaan hutan yang berleluasa di sana. Paling dikesali adalah kehilangan jiwa yang tidak berdosa. Sudah tentu ini sedikit sebanyak menjejaskan industri pelancongan.

Mari mengenang semula saat singgah di pinggir Cameron Highlands iaitu Green View Garden. Biasanya kami akan singgah di sini jika pulang ke kampung di Pantai Timur.


Ada pelbagai pilihan pencuci mulut di Green View Garden. Namun kami tidak pernah mencubanya. Saya ambil gambar sahaja hahaha. Nampak menarik tak? Boleh juga buat aktiviti membeli belah strawberi, sayur-sayuran atau buah-buahan di sini. Bunga-bungaan pun ada. Bab harga, rasanya lebih mahal berbanding membeli belah di atas sana.


Burung-burung dan kura-kura antara tarikan kepada anak-anak selain dari ikan. Tarikan itu juga yang menyebabkan kami selalu singgah di sini. Bukan kena bayaran pun. Kalau dikenakan bayaran, mungkin ceritanya berbeza.

Bunga. Cantiknya bunga-bungaan di sana kan! Subhanallah


Avant Chocolate terletak bersebelahan dengan Green View Garden.

Masuk Avant Chocolate ini sekadar melakukan aktiviti cuci mata. Cenderamata yang dijual di sini cantik-cantik. Harganya pun cantik-cantik belaka. Ada pelbagai coklat dengan aneka perisa. Satu pun saya tak pernah cuba hahaha. Bagusnya, anak-anak pun tak pernah minta apa-apa di sini. Terfikir juga, tentu keadaan sudah berbeza selepas bencana alam yang melanda. Apapun musibah itu tanda peringatan kepada manusia yang selalu lupa.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...