Skip to main content

Strwaberry Park Resort & Lavender Farm Cameron Highlands

Sedang rancang ke mana hendak bawa anak-anak pergi bercuti hujung tahun ini. Awal tahun kami sekeluarga ke Gambang. Kemudian pada bulan April semasa suami bertugas hujung minggu di Cameron Highlands, kami sekeluarga ikut serta. Sebut tentang Cameron Highlands, takziah saya ke atas semua keluarga mangsa banjir di Cameron Highlands. Tumpang bersedih dengan apa yang berlaku. Melihat tarahan bukit di Cameron Highlands memang rasa seriau. Bulan Mei, saya berkursus 3 hari di Equatorial tak terasa kesejukkannya. Barangkali kerana banyak sangat kehijauan yang telah mula hilang di sini.

Ini mengimbau kembali kenangan semasa di Cameron Highlands, kami menginap di Strawberry Park Resort. Masa memang banyak dihabiskan di dalam bilik kerana suami saya datang bukan bercuti tetapi bertugas, dari pagi sampai malam.  Lagipun hujung minggu itu, hujan turun. Sejuk. Kasihan Adik Fitri. Itupun saya bungkus Adik Fitri, berlapis-lapis setiap kali kami keluar bilik.

Pasar malam di Cameron Highlands itu pun kami tak pergi. Saya bawa anak-anak mengitari Strawberry Park Resort sahaja. Ada kawasan permainan untuk kanak-kanak tetapi disebabkan licin dan becak, saya risau betul tengok anak-anak bermain di situ. Bagi peluang main sekejap sahaja. Lepaskan teringin.


 Mandrayu Spa terletak di blok tempat kami menginap tetapi sedang ditutup untuk proses pembaikkan.

Garden Terrace adalah pilihan alternatif untuk menikmati makan malam di resort ini.

Bunga-bungaan yang menghiasi sekitar resort. Maklum sahaja di tempat tinggi dan sejuk seperti ini, bunga-bungaannya sekalipun bunga raya kelihatan begitu cantik. Subhanallah.


Hari Ahad sebelum bertolak balik ke Ibu Kota, kami singgah di Lavender Farm. Tiket masuk untuk dewasa RM 5.00. Kanak-kanak bawah 12 tahun, RM 3.00. Mana ada yang percuma sekarang. Semuanya mesti berbayar. Bayaran untuk menikmati pemandangan. Lavender itu tidak boleh dipetik sesuka hati.


Bukan sekadar ada lavender tetapi ada juga kebun strawberi, sayur-sayuran dan lebah yang diternak. Bunga-bunga di situ sangat cantik. Anak-anak pun teruja hendak petik strawberi. Memang mahal. Mereka pun bukannya makan buah strawberi tetapi beria-ria hendak juga hendak petik. Bagi peluang sebab mereka belum pernah ada pengalaman. Huh!


Ada deretan kedai menjual pelbagai barangan cenderamata, sepanjang jalan turun dari Lavender Farm ini. Mujur anak-anak tidak merengek buat sebarang permintaan.

Mulanya Kak Long hendak singgah di ladang teh tetapi sebab risau kalau-kalau hujan, kami tidak jadi singgah. Maklumlah keadaan jalan hendak turun dari Cameron Highlands dengan cuaca buruk. Insya Allah kalau ada kesempatan, boleh tunaikan permintaannya. Mungkin pada ketika itu Adik Fitri boleh lebih menikmati makna percutian. Kalaupun kesempatan untuk kembali ke Cameron Highlands tidak ada, harapnya ada kesempatan di tempat lain. 

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...