Skip to main content

GM Klang - Goodie Bag

Dua minggu lepas dapat surat dari taska. Ada satu program bersama dengan Kementerian Kesihatan akan dianjurkan. Campur sekali dengan sambutan hari lahir kanak-kanak dari bulan Mei hingga Disember. Semua anak-anak saya masuk dalam kategori ini. Dua orang lahir dalam bulan Disember. Hero kecil saya lahir dalam bulan September.

Anak-anak biasa bawa balik goodie bag sempena sambutan hari lahir kawan-kawan mereka. Sama ada di tadika ataupun taska. Sejak anak-anak dalam jagaan taska dan Kak Long mula bersekolah, kami juga sediakan goodie bag sempena sambutan hari lahir mereka. Jumlahnya mengikut bilangan kanak-kanak yang ada di taska ataupun tadika.

Ramai orang beritahu kalau membeli secara borong di GM Wholesale City boleh dapat harga yang murah berbanding harga pasaran di luar. Kononnya GM Klang besar. Hendak parkir kereta pun mudah. Kononnya GM Chow Kit tidak sehebat GM Klang.

Ha itu dia, sampai pun di GM Klang. Ada macam-macam kedai. Susunannya tidak begitu teratur atau saya sahaja yang rasa begitu kerana saya cari kedai pertama saya masuk, tak jumpa-jumpa. Anak-anak jadi rambang mata sebab banyak sangat kedai menjual barang permainan. Sekejap-sekejap tarik tangan ayahnya. Macam-macam permintaan mereka. Tapi kesudahannya satu barang permainan pun kami tak beli. Kasihan pula sebab sebelum datang saya beritahu, mereka boleh pilih mana-mana satu permainan yang mereka suka.

Kami sampai GM Klang sudah lewat sebenarnya. Konon hendak buat perbandingan harga sebab nampak kedai jual barang-barang permainan kanak-kanak ada banyak. Kononnya!


Memang kalau beli secara borong, harganya murah. Separuh harga daripada beli satu barangan tetapi untuk alat tulis kanak-kanak ini, rasanya beli satu pun harganya masih lagi murah berbanding beli di kedai di luar GM.

Selalunya dalam goodie bag mereka, kami beri barangan yang berkaitan dengan sambutan hari lahir seperti belon, topeng muka kertas tetapi kali ini suami beli alat-alat tulis. Lebih bermanafaat. Walaupun sebenarnya kualiti pensel itu tidak begitu baik tetapi kanak-kanak suka sangat pensel dengan watak kartun begini. Contoh paling dekat, anak sendiri. Kak Long tetap juga hendak pensel corak kartun walaupun saya sudah belikan pensel 2B.


Kami beli 2 set alat tulis yang berbeza sedikit untuk Kak Long dan Abang Ngah. Pilihan mereka sendiri.


Mereka hendak bekas pensil dan t-shirt juga.


Taklah ralat sangat. Mereka pun tak merungut pasal barang permainan.

Sekarang mari kita buat kerja-kerja pembungkusan pula, ya anak-anak. Rasa hendak buka kedai alat tulis pula. Hmmm... ke kedai cenderamata.... Huiii... ini semua sebab rambang mata berjalan ke GM Klang.

Comments

  1. brapa harga utk set alat tulis kanak-kanak tu? ingat nk beli borong about 300pcs.

    ReplyDelete
  2. Alamak... Minta maaf Cuna Vilearsa, saya pun lupa berapa harganya... tapi kalau nak beli borong sampai 300 pcs ni, boleh dapat harga bawah RM 1.00.

    GM Klang memang tempat untuk memborong, kalau beli 1 set harga mesti sama dengan beli di kedai-kedai biasa atau mungkin lebih mahal.

    Selamat membeli belah

    ReplyDelete
  3. kena beli spi 300 br bleh dpt harga murah ke? klu beli 1 -2 dozen je harga berapa?

    ReplyDelete
  4. puan ingat ke aras berapa atau apa nama kedai yang jual barangan goodies beg?

    ReplyDelete
  5. Klau nk beli on9 xder ker? Sy dkt penang ssh la nk p smp sana. Sy tgh nak crik doorgift untk berkhatan dan aqiqah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...