Skip to main content

Program Taska, Kementerian Kesihatan & Ulangtahun Anak-anak

Saya gembira apabila anak-anak gembira. Tujuan semua ini adalah untuk mengembirakan hati anak-anak.

Kerja-kerja pembungkusan goodie bags, saya serahkan kepada anak-anak. Tak susah pun. Cuma masukkan kotak alat tulis itu ke dalam beg plastik. Tengok si kecil itu sibuk sama. Terjerit-jerit kakak dan abangnya sebab habis dipunggahnya barang-barang yang sudah disusun.

Saya sediakan juga coklat sebagai buah tangan kepada anak-anak di Taska. Ini saya sendiri bungkuskan. Harap pada anak-anak, lain pula jadinya nanti.


Program di Taska bermula awal pagi dengan acara senam robik. Kami tiba setelah senaman selesai sebab kebetulan ketika sarapan di kedai makan berhampiran Taska, ada lintas langsung pertunangan Fizo Omar.

Meriah juga walaupun kurang sambutan daripada ibu bapa. Anak-anak buat persembahan untuk ibu bapa. Ada macam-macam ragam. Tak mahu menyanyi. Menyanyi sambil menangis. Kelakar sungguh. Kami ambil kesempatan buat pemeriksaan kesihatan yang diadakan oleh Kementerian Kesihatan. Pemeriksaan biasa. BMI, tekanan darah dan gula. Alhamdulillah semuanya stabil. Anak-anak semua ambil bahagian dalam pemeriksaan pergigian percuma. Adik adalah pesakit termuda yang pertama diperiksa. Mula-mula macam okay tetapi kemudiannya menangis.

Kementerian Kesihatan Bahagian Pergigian juga anjurkan peraduan mewarna. Kak Long menang dengan jayanya tempat pertama. Alhamdulillah. Abang Ngah mewarna ikut suka hati. Peserta pertama yang siap mewarna. Apabila Kak Long dapat hadiah tempat pertama, merajuk. Mujur dapat hadiah sagu hati ubat dan berus gigi. Hai anak-anak.

Majlis berakhir dengan acara makan-makan kek hari lahir anak-anak. Ada 20 orang kanak-kanak di Taska yang menyambut hari lahir dari bulan Jun hingga Disember. Termasuk tiga beradik itu. Banyak juga kek yang ada. Patut pun tuan punya taska larang saya beri sumbangan kek. Jadi saya sediakan kek pada hari Jumaat sebelum majlis, untuk minum petang anak-anak di taska. Kami pulang dengan hati gembira tetapi letih. Letih kenapa entah. Anak-anak yang nampak cergas juga. Mana datang banyak betul tenaga mereka.

Paling penting kegembiraan anak-anak. Sejak Oktober sebetulnya yuran bulanan dan juga tahunan taska ini telah meningkat naik. Hmmm apa yang tidak kan?! Memang mulanya menung juga. Ya anak saya bukan seorang tetapi tiga orang. Banyak dalam pertimbangan. Anak-anak nampak gembira di sini. Tidak ada aduan demi aduan. Tidak pada taska sebelumnya. Menangis dan ada aduan-aduan. Sekiranya anak-anak tidak gembira ke taska dan ada aduan, selidik. Kita rasa aduan mereka remeh, ada kalanya tetapi kepada siapa lagi hendak mereka mengadu kalau bukan kita ibu bapa. Setelah buat timbang tara, untuk ketika ini di sini tempat persinggahan anak-anak sementara saya bekerja. Akan datang mungkin ada pertimbangan lain. Paling penting anak-anak selamat dan gembira.  

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...