Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Kek Coklat *Gateau Au Chocolat*

Ini cerita lama. Waktu belek-belek gambar yang hendak dinyahkan dari kamera, ada pula gambar kek ini. Saya tertarik kerana bahannya cuma coklat dan telur. Lagipun cara membuatnya ringkas dan mudah. Kebetulan waktu sekolah Abang Ngah adakan jamuan raya ketika itu, kesempatan emas untuk saya mencuba. Budak-budak dan coklat. Kombinasi yang kena, selalunya. Gateau Au Chocolat Bahan-bahan: 300 gram coklat masakan (saya guna coklat gelap) 5 biji telur Cara-cara: 1. Panaskan oven 170 darjah celsius. Sapukan loyang dengan majerin. 2. Asingkan telur putih dan kuning. 3. Cairkan coklat dengan kaedah double boiler. Masukkan kuning telur sehingga sebati. 4. Pukul putih telur sehingga kembang. Masukkan separuh adunan putih telur ke dalam bekas coklat, kacau. 5. Kemudian campurkan adunan coklat ke dalam baki putih telur, kacau perlahan sehingga rata. 6. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar 45 - 50 minit. 7. Sejukkan sebelum dihidang. Kek ini akan turun sedikit apabila sejuk.  ...

Melancong ke Xinjiang?

Teringin ke sana. Majalah Malaysian Business keluaran Oktober menyiarkan artikel jelajah Kashgar, Xinjiang.       Xinjiang kelihatan sangat menarik untuk dikunjungi. Keindahan muka buminya, masjidnya, rekabentuk bangunan, kediaman, pasar, budaya, makanan huh... Penghuninya masih cuba sedaya upaya mengekalkan tradisi mereka. Islam sedang dijunjung tinggi walau menerima pelbagai tekanan.     Beijing, Shanghai sudah terbiasa kita dengar, pelancong ke sana. Walau tak pernah ke sana tetapi keinginan tidak membuak. Shenzhen, Alhamdulillah sudah menjejakkan kaki walaupun sekejap. Hidangan masakan tradisi Xinjiang yang dinikmati di Shenzhen menguatkan lagi keinginan untuk berada di Xinjiang. Hong Kong juga sudah. Rasa sesak dalam udara berjerubu. Alhamdulillah banyak yang dikutip sebagai pengalaman dan pelajaran.   Baru-baru ini ada antara pelancong dari Filipina terkorban. Pentadbir menuding jari ke arah masyarkat Muslim ...

Program Taska, Kementerian Kesihatan & Ulangtahun Anak-anak

Saya gembira apabila anak-anak gembira. Tujuan semua ini adalah untuk mengembirakan hati anak-anak. Kerja-kerja pembungkusan goodie bags , saya serahkan kepada anak-anak. Tak susah pun. Cuma masukkan kotak alat tulis itu ke dalam beg plastik. Tengok si kecil itu sibuk sama. Terjerit-jerit kakak dan abangnya sebab habis dipunggahnya barang-barang yang sudah disusun. Saya sediakan juga coklat sebagai buah tangan kepada anak-anak di Taska. Ini saya sendiri bungkuskan. Harap pada anak-anak, lain pula jadinya nanti. Program di Taska bermula awal pagi dengan acara senam robik. Kami tiba setelah senaman selesai sebab kebetulan ketika sarapan di kedai makan berhampiran Taska, ada lintas langsung pertunangan Fizo Omar. Meriah juga walaupun kurang sambutan daripada ibu bapa. Anak-anak buat persembahan untuk ibu bapa. Ada macam-macam ragam. Tak mahu menyanyi. Menyanyi sambil menangis. Kelakar sungguh. Kami ambil kesempatan buat pemeriksaan kesihatan yang diadakan oleh Kementeri...

Pokok Cili Merah Berbuah Sebiji

Tidak disangka-sangka pokok cili yang disangka akan mati mampu bertahan dan berbuah. Walaupun buahnya hanya sebiji, rasanya sangat seronok. Syukur, Alhamdulillah. Saya masih tak dapat rahsia mengatasi serangan bena putih. Habis mati pokok-pokok ramuan yang saya tanam. Nampak jelas dalam gambar serangan bena putih. Kasihan pokok. Saya pun tak punya banyak masa untuk duduk mengulit pokok-pokok ini. Sesekali di hujung minggu sahaja. Kuasa Allah yang sangat besar. Untuk sampai ke peringkat ini, daun-daunnya banyak yang kering. Memang pokoknya melidi. Saya ingat selepas saya ambil buah yang sebiji ini, pokok itu akan mati. Namun pokok cili nan sebatang itu masih hidup sampai sekarang.

Barangan Perkahwinan di Kedai Bunga Vivan, Chow Kit

Sekarang semua barang naik harga. Hujan sahaja yang turun kan. Hmmm... Pening memikirkan harga minyak naik, harga gula naik. Tarif elektrik beberapa hari sebelum pilihanraya sudah naik. Cukai pintu pun naik, surat sudah sampai. Kos sara hidup naik dan terus meningkat naik. Memang orang kata yang naik harga itu minyak, mengapa pula harga barang makanan boleh naik? Sedangkan bukannya goreng pisang dengan minyak RON 95. Kos pengangkutan meningkat apabila harga minyak naik. Impaknya pada harga makanan. Impaknya pada barang-barang lain yang kita gunakan. Bukan semua barang dalam kawalan. Jadi ramai yang tidak sedar, harga ikan sardin dalam tin meningkat, harga susu formula turut naik. Ini semua tidak diumumkan kepada masyarakat. Siapa yang rajin buat perbandingan harga akan perasan harganya sudah berbeza.  Saya paling tidak suka apabila ada yang mengatakan, harga minyak di Thailand lebih tinggi atau harga minyak di Indonesia lebih mahal. Sebabnya? Saya tidak tinggal di Thailand...

Teater Muzikal Pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak UNISEL 2013

Adik bongsu beriya-iya mengajak kami sekeluarga ke UNISEL. Ada persembahan teater muzikal tetapi Adik cuma  terlibat di belakang tabir. Beriya-iya Adik hendak anak-anak menonton teater dalam bahasa Inggeris ini. Setelah sebulan lebih bercerita, mengajak tup tup Adik beritahu akan ikut sama berlakon. Katanya akan memainkan antara watak penting dalam persembahan. Lagi jatuh wajib kena pergi. Adik bayar tiket kami untuk menonton. RM 3.00 seorang. Persembahan Adik sebelah petang, pukul 2:00. Ada tiga persembahan, Sleeping Beauty, Snow White dan Aladdin. Persembahan Snow White , persembahan yang ke dua pada petang itu. Mulanya rasa janggal sebab kami datang sekeluarga. Sedangkan dewan dipenuhi dengan pelajar-pelajar UNISEL. Kami ambil tempat duduk paling hadapan. Semasa persembahan Sleeping Beauty berjalan, dewan beransur penuh. Baru nampak kelibat kaum keluarga yang lain walaupun tidak ramai. Alhamdulillah kami rasa sangat berbaloi datang dari jauh. Watak Adik sebaga...

Bunga-bunga Kunyit

Pokok kunyit kembali berbunga. Syukur, Alhamdulillah. Tidak disangka-sangka pokok kunyit ini akan berbunga lagi. Satu sudah kembang cantik. Satu lagi masih kudup. Sedapnya buat ulam. Alhamdulillah.

Jus Buah Betik & Oren

Jus oren betik atau jus oren papaya. Rupa-rupanya apabila buah-buahan ini digabungkan, memang sedap. Saya tak ingat dari mana saya dapat resepi jus ini. Walaupun apa pun terima kasih kepada pencipta resepi kerana idea anda memang terbaik. Beli sebiji buah betik untuk hero kecil saya. Sekarang kuat makan. Pantang tengok orang mengunyap, terkedek-kedek datang. Nganga-nganga macam anak burung. Comel! Sebab banyak makan, makanya susah hendak buang air. Ini tak comel langsung! Kasihan Adik Fitri. Takkanlah Adik Fitri hendak habiskan sebiji besar betik itu. Jadi kita buat air buah betik dicampurkan dengan buah oren. Buah oren memang banyak dalam peti sejuk sebab saya rambang mata di Tesco. Sebab itu buah oren sahajalah yang bergambar. Buah betik sudah jadi air hahaha. Bahan-bahan   Sejurai buah betik Sebiji buah oren Sedikit madu Air Cara membuatnya 1. Buang kulit dan biji buah betik. Dadukan. 2. Buang kulit, biji dan empulur buah oren. Potong kecil-k...

Green View Garden & Avant Chocolate Cameron Highlands

Apabila Cameron Highlands dilanda banjir lumpur yang menggemparkan negara, baru ramai yang buka mata tentang aktiviti pertanian berdekatan Sungai Bertam dan penerokaan hutan yang berleluasa di sana. Paling dikesali adalah kehilangan jiwa yang tidak berdosa. Sudah tentu ini sedikit sebanyak menjejaskan industri pelancongan. Mari mengenang semula saat singgah di pinggir Cameron Highlands iaitu Green View Garden . Biasanya kami akan singgah di sini jika pulang ke kampung di Pantai Timur. Ada pelbagai pilihan pencuci mulut di Green View Garden . Namun kami tidak pernah mencubanya. Saya ambil gambar sahaja hahaha. Nampak menarik tak? Boleh juga buat aktiviti membeli belah strawberi, sayur-sayuran atau buah-buahan di sini. Bunga-bungaan pun ada. Bab harga, rasanya lebih mahal berbanding membeli belah di atas sana. Burung-burung dan kura-kura antara tarikan kepada anak-anak selain dari ikan. Tarikan itu juga yang menyebabkan kami selalu singgah di sini. Bukan kena bayaran pun...

GM Klang - Goodie Bag

Dua minggu lepas dapat surat dari taska. Ada satu program bersama dengan Kementerian Kesihatan akan dianjurkan. Campur sekali dengan sambutan hari lahir kanak-kanak dari bulan Mei hingga Disember. Semua anak-anak saya masuk dalam kategori ini. Dua orang lahir dalam bulan Disember. Hero kecil saya lahir dalam bulan September. Anak-anak biasa bawa balik goodie bag sempena sambutan hari lahir kawan-kawan mereka. Sama ada di tadika ataupun taska. Sejak anak-anak dalam jagaan taska dan Kak Long mula bersekolah, kami juga sediakan goodie bag sempena sambutan hari lahir mereka. Jumlahnya mengikut bilangan kanak-kanak yang ada di taska ataupun tadika. Ramai orang beritahu kalau membeli secara borong di GM Wholesale City boleh dapat harga yang murah berbanding harga pasaran di luar. Kononnya GM Klang besar. Hendak parkir kereta pun mudah. Kononnya GM Chow Kit tidak sehebat GM Klang. Ha itu dia, sampai pun di GM Klang. Ada macam-macam kedai. Susunannya tidak begitu teratur a...

Strwaberry Park Resort & Lavender Farm Cameron Highlands

Sedang rancang ke mana hendak bawa anak-anak pergi bercuti hujung tahun ini. Awal tahun kami sekeluarga ke Gambang. Kemudian pada bulan April semasa suami bertugas hujung minggu di Cameron Highlands, kami sekeluarga ikut serta. Sebut tentang Cameron Highlands, takziah saya ke atas semua keluarga mangsa banjir di Cameron Highlands. Tumpang bersedih dengan apa yang berlaku. Melihat tarahan bukit di Cameron Highlands memang rasa seriau. Bulan Mei, saya berkursus 3 hari di Equatorial tak terasa kesejukkannya. Barangkali kerana banyak sangat kehijauan yang telah mula hilang di sini. Ini mengimbau kembali kenangan semasa di Cameron Highlands, kami menginap di Strawberry Park Resort . Masa memang banyak dihabiskan di dalam bilik kerana suami saya datang bukan bercuti tetapi bertugas, dari pagi sampai malam.  Lagipun hujung minggu itu, hujan turun. Sejuk. Kasihan Adik Fitri. Itupun saya bungkus Adik Fitri, berlapis-lapis setiap kali kami keluar bilik. Pasar malam di Cameron Highlan...

Cuti-cuti di Cherating & Gambang

Sedar tak sedar, sudah penghujung tahun 2013. Tidak lama lagi cuti sekolah. Semua orang sudah mula mohon cuti hujung tahun untuk bawa anak-anak pergi bercuti. Review cuti-cuti Malaysia tahun ini. Suami saya memang rapat dengan kawan-kawan zaman persekolahannya di SMK Dato' Ahmad Maher. Selalu juga suami bawa kami sekeluarga ikut serta dalam aktiviti kekeluargaan dengan kawan-kawannya itu. Terbaharu aktiviti himpunan keluarga berlangsung di Pahang. Tak banyak gambar terakam sebab saya sibuk melayan Adik Fitri. Adik Fitri dan buat cerita lagi dramatik, abangnya demam dalam perjalanan kami ke Cherating. Alahai. Kami menginap di The Legend Resort Cherating . Lama juga menunggu. Orang pun boleh tahan ramai. Malah ada yang mula naik angin sebab sudah begitu lama menunggu. Petugas di kaunter pun berangin juga. Eh, eh, eh, jangan dik! Jangan mulakan. Entah apa silapnya tidak ada bilik untuk dua lagi keluarga. Harukan?! Padahal tempahan sudah lama dibuat. Bayar ...