Ini cerita lama. Waktu belek-belek gambar yang hendak dinyahkan dari kamera, ada pula gambar kek ini. Saya tertarik kerana bahannya cuma coklat dan telur. Lagipun cara membuatnya ringkas dan mudah. Kebetulan waktu sekolah Abang Ngah adakan jamuan raya ketika itu, kesempatan emas untuk saya mencuba. Budak-budak dan coklat. Kombinasi yang kena, selalunya. Gateau Au Chocolat Bahan-bahan: 300 gram coklat masakan (saya guna coklat gelap) 5 biji telur Cara-cara: 1. Panaskan oven 170 darjah celsius. Sapukan loyang dengan majerin. 2. Asingkan telur putih dan kuning. 3. Cairkan coklat dengan kaedah double boiler. Masukkan kuning telur sehingga sebati. 4. Pukul putih telur sehingga kembang. Masukkan separuh adunan putih telur ke dalam bekas coklat, kacau. 5. Kemudian campurkan adunan coklat ke dalam baki putih telur, kacau perlahan sehingga rata. 6. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar 45 - 50 minit. 7. Sejukkan sebelum dihidang. Kek ini akan turun sedikit apabila sejuk. ...