Hari ini Isnin 9 Syaban 1423 H kira-kira dalam pukul 3:00 petang, Opah Yong telah selamat kembali ke pangkuan penciptanya. Opah Yong sakit kuat hampir dua bulan. Sebelum inipun kesihatannya tidak begitu baik namun tidak pernah arwah membataskan diri, terlantar di perbaringan. Selalu mengadu lututnya sakit. Namun tetap juga digagahkan dirinya berjalan. Tidak terdaya berjalan, arwah mengesot. Dalam ketidakupayaannya itu, arwah mampu membuat kuih putu kacang, kuih bangkit, kuih bahulu, membuat bedak sejuk dan tentulah mengurut orang yang menjadi kepakarannya. Rumah Opah Yong selalu jadi tumpuan orang ramai dari jauh dan dekat untuk mendapatkan khidmatnya. Tetapi kini semua itu hanya tinggal kenangan.
Buat kami adik beradik, arwah adalah seperti pengganti opah dan mak tok kami.Arwah ramah, berterus terang dan boleh di bawa bergurau. Alhamdulillah sempat juga bawa anak-anak menemui Opah Yong sebelum arwah berpindah dunia. Semalam kami menghabiskan masa menzirahinya. Dalam keadaan tidak berdaya, opah masih mahu berbual. Memang sedih melihat keadaannya yang uzur begitu. Allah lebih sayang pada opah. Lebih daripada kami yang menyayangi opah. Semoga roh opah di tempatkan bersama-sama orang yang beriman, amin. Al-fatihah.
Comments
Post a Comment