Skip to main content

Impian Yang Hancur

Harapan terpaksa di bawa ke tahun-tahun akan datang, memandangkan Piala Dunia hanya 4 tahun sekali sahaja. Impian telah lebur. Harimau luka parah rupanya, tak mampu 'mengamuk' dan membaham singa.

Selepas kalah pertarungan pertama, ada beberapa faktor dikatakan sebagai punca:
#1 padang buatan. Pemain susah hendak sesuaikan diri.
#2 pertahanan kucar kacir. Aidil Zafuan cedera, langsung tak dapat diturunkan.
#3 hilang nakhoda. Kapten Shafiq Rahim dapat 'kad cinta pengadil' OUT!
#4 ketiadaan Norshahrul Idlan.
#5 penjaga gol utama, Khairul Fahmi pun cedera

Bukanlah pandai pasal permainan bola sepak, tapi sukalah tengok. Dengar ulasan pengulas-pengulas sukan di televisyen dan tengok sendiri perlawanan yang baru selesai tadi, hmmm sedih bercampur kecewa. Ya, sebab saya rakyat Malaysia. Ramai rakyat bagi sokongan, bukanlah 85 ribu tapi lebih 90 ribu orang ada di stadium. Itu yang di stadium sahaja. Tuanku Sultan Azlan Dan Tengku Abdullah pun datang mencemar duli, memberi sokongan. Besar sekali harapan terhadap Harimau Malaya.

#1 Aidil Zafuan turun malam ini tetapi sayangnya tidak lama. Cedera. Masih lagi barisan pertahanan beraksi dengan hambar.

#2 Khairul Fahmi penjaga gawang dan pemain paling cemerlang pada malam ini. Memang sudah dapat diagak, kalau cuma mengharapkan padanya, gawang pasti bolos. Ya, betul!

#3 Barisan pertahanan tidak mantap, barisan tengah hilang arah dan barisan penyudah tumpul. Safee memang sudah pasti dikawal ketat tetapi sokongan untuknya juga tidak ada!

#4 Memang ketiadaan pemain-pemain utama membuatkan Harimau hilang taring.

#5 Nampaknya bukanlah masalah rumput kan!

Tahniah pada pasukan yang menang. Apapun tahniah tetap buat pasukan Harimau Malaya. Semua anak watan yang bermain untuk negara. Satu kebanggaan. Pasukan, daripada jurulatih sampailah pemain semuanya anak-anak Malaysia.


Kecewa kerana rasanya Harimau Malaya boleh pergi lebih jauh dari ini tapi berbalik semula pada ketentuan Ilahi dan mesti redha menerimanya. Sekurang-kurangnya tidak menjengkelkan hati dengan aksi-aksi sakit pura-pura dan tergolek-golek, terbaring sana sini. Rasanya aksi lakonan semua itu tidak perlu kerana perlawanan lebih banyak dikuasai oleh mereka. Sedangkan Aidil Zafuan yang memang diketahui cedera pun tak terbaring!

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...