Skip to main content

Nisfu Syaaban

Antara tanda-tanda akhir zaman telah tiba adalah waktu menjadi semakin pendek. Kita di ambang akhir zaman. Sedar-sedar Ramadhan sudah semakin hampir. Hari Sabtu, malam Ahad ini adalah Nisfu Syaaban. Pada waktu rehat semalam, berkesempatan mendengar kuliah zohor oleh Dr Yusri Mohamad dari Universiti Islam Antarabangsa.

Masa yang singkat iaitu tidak sampai sejam tentulah tidak memadai untuk mengupas tentang Nisfu Syaaban secara keseluruhannya. Namun memadai untuk mengingatkan diri sendiri untuk sama-sama menghidupkan malam itu nanti. Inilah serba sedikit yang dapat dikongsikan daripada majlis ilmu semalam.

Sebagaimana yang dimaklumi, Nisfu Syaaban adalah malam yang penuh dengan rahmat kerana Allah SWT akan mengampunkan dosa hamba-hambaNya kecuali orang-orang musyrik, orang-orang yang memutuskan silaturahim, orang-orang menderhaka terhadap kedua orang tuanya, orang-orang yang ketagih arak, orang-orang takbur melainkan mereka bertaubat kepadaNya. 

Dalam satu hadith yang dibacakan Dr Yusri khusus tentang fitnah di akhir zaman, hadith itu adalah hadith riwayat Abu Hurairah r.a yang bermaksud bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan terjadi fitnah di mana orang yang duduk (menghindar dari fitnah itu) lebih baik daripada yang berdiri dan orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan dan orang yang berjalan lebih baik daripada orang yang berlari (yang terlibat dalam fitnah). Orang yang mendekatinya akan dibinasakan. Barang siapa yang mendapatkan tempat berlindung darinya, hendaklah ia berlindung.

Kaitannya, fitnah memecah belahkan umat Islam. Saling bermusuhan antara orang Islam. Peringatan yang sangat jelas, tidak akan mendapat keampunan Allah SWT di malam penuh rahmat iaitu Nisfu Syaaban. Pinta Dr Yusri, kita merenung diri sama ada termasuk dalam mana-mana golongan itu. Nauzubillah, mohon dijauhkan.

Dr Yusri menyarankan selain berpuasa, paling minima usaha kita untuk menghidupkan malam itu adalah dengan bersolat jemaah pada waktu maghrib, isyrak dan subuh. Itu paling minima. Tentu sahaja boleh dipertingkatkan dengan memperbanyakkan amal ibadat terutama sepertiga malam tersebut. Jelasnya lagi, tidak ada nas yang jelas tentang membaca surah yaasin sebanyak tiga kali yang sering dijadikan amalan masyarakat untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban. Namun tidak ada salahnya amalan itu. Sekiranya kita merasakan itu paling selesa kita lakukan, maka boleh kita lakukannya.

Mohon kesihatan kita baik supaya dapat kita hidupkan malam Nisfu Syaaban dengan sebaik-baik amalan, amin.   

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...