Hari ini misi penting untuk menentukan sama ada pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya boleh melangkah ke pusingan seterusnya atau tidak. Kelemahan-kelemahan ketika perlawanan pertama harap dapat diatasi untuk perlawanan timbal balik ini. Malaysia perlu mengatasi dengan 2 gol untuk terus layak. Semoga harimau mampu membaham singa pada malam ini. Apapun semua ini takkan tercapai tanpa izin Yang Maha Esa. Sekiranya menang, Alhamdulillah. Sekiranya sebaliknya sebagai hambaNya kita kena terima dengan penuh redha. Paling penting jangan mengalah. Teruskan usaha. Kitakan ada 85 ribu penyokong di stadium dan ramai lagi di serata tempat yang sangat ingin menyaksikan kemenangan pasukan Harimau Malaya. Insya Allah.
Misi penting beberapa minggu lepas, terlunas sudah dengan terbitnya artikel di surat khabar hari ini. Alhamdulillah. Jujurnya, memang gembira. Ada banyak rasa, namun untuk tempoh ini, seketika rasa gembira itu mengatasi segalanya. Alhamdulillah.

Comments
Post a Comment