Skip to main content

Lagi Tentang Mohd Ashraf Hafiz

Ada sedutan daripada beberapa akhbar tempatan mengenai isu keceleraun identiti. Rasanya masih belum betul-betul cukup untuk menangani permasalahan ini. Hukum Allah itu tidak berubah. Niat tidak akan menghalalkan cara. Ketegasan pihak berwajib sangat diharapkan dalam hal ini. Ketegasan pihak berwajib juga perlu dalam mengatasi masalah ini. Ramai yang berhadapan dengan masalah ini dan sehingga kini masih belum ada titik nokhtahnya.  

Mohd Ashraf, 25, membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi pada 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelaki. Permohonannya menukar nama dan status jantinanya dalam MyKad kepada Aleesha Farhana ditolak, Isnin lalu.
Berita Harian, 21 Julai 2011

KUALA LUMPUR: “Dia masih ada hak untuk merayu ke peringkat mana pun, seperti kes lain,” kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip mengulas tuntutan Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, yang mahu menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz.

Menurutnya, walaupun Mahkamah Tinggi sudah membuat keputusan Isnin lalu dengan menolak permohonannya, Mohd Ashraf Hafiz masih mempunyai peluang untuk merayu seperti juga kes lain yang pernah didakwa di mahkamah.

Katanya, dari segi perundangan, kes itu meskipun sangat jarang berlaku tetap diadili seperti kes lain mengikut prosedur sewajarnya, namun keputusan kehakiman perlu juga mengambil kira pandangan syarak.

“Dari satu segi Mahkamah Tinggi memang sudah menolak, tapi mengikut prosedur dia masih berpeluang untuk merayu hingga ke peringkat tertinggi walau Persekutuan sekali pun....dia ada hak.


“Cuma kes dibawa sangat jarang berlaku di negara Islam seperti kita yang jelas menolak penukaran jantina...hukum syaraknya sudah jelas, jadi apabila mengadili kes begini perlu mengambil kira pandangan mufti dan fatwa tertentu...ia boleh menyentuh sensitiviti.

“Apapun, jika dia merayu, perlu juga bersedia menerima keputusan yang kita tak boleh jangka....semuanya bergantung kepada fakta dan alasan penghakiman,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Harian Metro, 21 Julai 2011

Mengikut Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, yang dihubungi semalam, ada lebih 6,000 lelaki berpakaian dan berperwatakan wanita di ibu negara pada tahun 1980-an dan yakin jumlah itu sudah bertambah.

Berita Harian, 21 Julai 2011

Apa angka terkini? Masyarakat perlu tahu. Fakta seperti ini perlu didedahkan. Jangan sorok. Setiap daripada kita punya keluarga. Bangsa seagama kita juga, saudara kita.

Harussani yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan juga menasihatkan masyarakat memahami dan cuba mendidik golongan ini bukannya menyisihkan mereka.


Beliau menasihatkan Mohd Ashraf supaya tidak berputus asa dan bertaubat segera serta menerima hakikat kejadian Allah tidak boleh diubah.

Katanya, penukaran jantina lelaki kepada wanita atau sebaliknya, adalah haram kerana seseorang yang dijadikan Allah sebagai lelaki, tidak akan berubah sifat kelelakiannya, walaupun individu itu berusaha mengubahnya.

Malah, katanya, berdasarkan penyelidikan pada 1985, pakar psikologi dan pakar bedah jantina dalam dan luar negara sependapat bahawa alat kelamin yang dibentuk daripada pembedahan, tidak akan berfungsi.


“Jangan lakukan tindakan yang akhirnya membawa penyesalan, sebaliknya segera bertaubat dan berpakaian mengikut jantina asal serta hentikan pengambilan sebarang hormon yang boleh mengubah fizikal dan emosi mereka,” katanya.

Adakah mereka-mereka yang terbelenggu oleh kecelaruan identiti ini sedar akan hakikat ini? Sedar dan tidak diendahkankah? Janganlah begitu. Pandanglah hari depan. Jalan di hadapan masih belum kita ketahui lurus bengkoknya. Belum tahu liku sempitnya. Tidak mengapa kalau kita terjatuh kerana itu lumrah hidup. Asal kita tidak menyalahkan Yang Maha Esa dan tidak sekali-kali berpaling dari jalanNya. Betul, bahu yang memikul lebih tahu berapa berat beban tetapi ini ujian Allah. Bukan hanya untuk anda tetapi kita semua.

Kes seumpama itu pernah dirujuk ke Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan apabila seorang lelaki menukar jantina pada 1990 dan berjaya mendapat perakuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama kepada nama wanita kerana mahu mengahwini seorang lelaki.

Bagaimanapun, menurut portal rasmi Fatwa Malaysia iaitu e-Fatwa, Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) yang membincangkan perkara itu mengikut hukum muktabar dalam Islam pada 1993 memutuskan penukaran jantina lelaki kepada wanita adalah haram dan permohonan untuk bernikah tidak dibenarkan.
Berita Harian, 21 Julai 2011

KUALA TERENGGANU: “Seluruh masyarakat dunia boleh menghentam, mengkritik Aleesha (Mohd Ashraf Hafiz) keji atau berdosa, tetapi saya sudah bertekad membantunya kerana kita bertanggungjawab melakukannya.

“Dia hanya mahukan sebuah kehidupan yang selesa, tapi bayangkan jika kita tidak bantu dia (Aleesha) dan akibat kesukaran menjalani kehidupan dengan jantina berbeza, dia berakhir di lorong-lorong.

“Siapa yang akan tanggung dosanya nanti. Kita semua bertanggungjawab,” kata Horley Isaacs, peguam kepada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 26, yang gagal dalam permohonannya untuk menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana di Mahkamah Tinggi di sini, Isnin lalu.

Menurutnya, beliau yakin Aleesha akan menghubunginya dalam masa terdekat untuk membuat rayuan kes itu kerana dia satu-satunya peguam tampil membantu lelaki mencetuskan kontroversi itu atas dasar kemanusiaan.

Isaacs berkata, setakat ini beliau belum dihubungi Mohd Ashraf Hafiz yang lebih mesra dipanggil Aleesha untuk membuat rayuan kerana mereka mempunyai 14 hari daripada tarikh keputusan kes membuat rayuan.

Katanya, beliau akan membantu Aleesha dalam rayuan itu berpegang kepada semangat pemohon itu sendiri yang sudah menyatakan kepada akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd kelmarin bahawa dia akan terus berjuang berlandaskan segenap lunas perundangan yang ada untuk membolehkan tujuannya tercapai.

Isnin lalu, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd Yazid Mustafa, menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin ketika pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Isaacs berkata, kesediaannya membantu Aleesha membawa kesnya ke Mahkamah Tinggi dengan percuma selepas tiada peguam lain dibuat atas dasar ingin menolong dan bukan berlandaskan faktor kewangan. “Ini bukan mengenai duit, tetapi ini adalah kebajikan. Saya tahu, ramai orang Terengganu tidak mampu membayar kos guaman tinggi seperti kes ini, sebab itu saya bantu. “Sebagai seorang bapa, saya sangat terpanggil membantu anak muda ini kerana apa yang berlaku padanya boleh berlaku kepada sesiapa saja.

Harian Metro, 21 Julai 2011

Tidak dinafikan Mohd Ashraf memerlukan bantuan tetapi bantuan semacam ini tidak akan membantunya untuk hidup dengan lebih aman atau selesa sebagaimana yang diimpikan. Bagaimana dengan soal masa depannya? Bagaimana dengan nikah kahwinnya nanti? Bagaimana dengan soal kesihatannya? Hukum Allah tidak berubah. Hukum Allah tidak boleh ditentang. Ciptaan Allah itu indah, sudah cukup cantik dan siapakah lagi yang boleh menciptakan sesuatu yang lebih cantik dibandingkan dengan ciptaanNya? Tidak ada bukan?

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...