Ini adalah coklat untuk hantaran perkahwinan Rafeah dan Jamal pada 1 Julai 2011. Temanya hijau. Pada mulanya hendak dipadankan dengan coklat putih. Terfikir, manis sangat pula. Lagipun saya buat coklat crispy daripada bertih beras. Tak sesuai pula nanti. Agaknyalah. Lain orang, lain citarasanya. Kombinasi putih dan hijau tentu lebih cantik dan menarik.
Saya asingkan dahulu coklat iringannya ke dalam bekas berbeza. Ini adalah coklat biskut oreo. Cuba buat sedikit kelainan.
Gambar diambil dalam keadaaan tergesa-gesa. Ada macam-macam perkara terjadi sepanjang minggu itu. Alhamdulillah apa yang sepatutnya disiapkan telahpun dilakukan. Harapnya kedua mempelai berpuas hati. Selamat pengantin baru, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Comments
Post a Comment