Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Luka

Dia ibarat durian Saya ini timun Dia menggolek Terkena saya Aduh! Saya menggolek Terkena dia Aduh! Sakitnya Ada luka Yang tak nampak Darahnya Yang tak kelihatan Zahirnya Luka itu diam dalam jiwa

Reaksi Pengantin

Keterujuaan pengantin untuk memasak buat suami tercinta. Tahniah.

Saujana Asahan Melaka

Rumah tradisional Melayu Melaka Tangga bahagian belakang rumah Hujung minggu lepas, kami sekeluarga menginap di Saujana Asahan yang letaknya di kaki Gunung Ledang. Ada tugas rasmi merangkap percutian keluarga. Kalau bukan kerana kerja mungkin juga tak sampai ke sini. Cantik rumah penginapannya. Rumah tradisional Melayu Melaka. Keseluruhan diperbuat daripada kayu. Rumah ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Anjung, ruang tamu, dipisahkan dengan 2 anak tangga ke bilik tidur utama dan bilik tamu. Antara bilik pula, ada tangga ke loteng. Kemudian antara bilik dengan ruang makan dan dapur, dipisahkan dengan ruang ampaian. Ruang ampaian di dalam kawasan rumah serta tertutup kecuali bahagian bumbung. Jadi orang luar tak dapat lihat ampaian kita. Terlindung apa yang sepatutnya dilindungi. Tertibkan orang dulu-dulu. Sekarang ini rata-rata kawasan rumah kita kan sempit. Ruang dapur kecil, bilik tidur kecil, sampaikan tak ada halaman pun. Syukurlah juga. Ada juga temp...

Ulangtahun Anakanda

Lahirmu diharap, dinanti Galang ganti Tidak mungkin mendapatkan yang sama Tidak pernah juga mengharapkan yang serupa Namun kaulah Pengubat lara Pengikat cinta Pelengkap bahagia Senyum dan tawa Tangis dan rajuk Keletah manja Bahagia apakah yang lebih besar Buat bonda dan ayahanda berdua Kaulah anugerah terindah Anakanda Dalam menghirup nafas di dunia yang singkat ini Besarlah harapan Agar tumbuhmu sebagai Manusia beriman bertaqwa Penawar tika di sini Mahupun di alam sana Ingatlah Tidak selamanya dapat Bonda dan ayahanda memimpin tangan Mengesat air mata Mendengar cerita duka Berkongsi warna ceria Hidup ini Sayang, tidak hanya Ada lucu Ada tawa Hidup ini penuh warna Sepekara yang pasti Illahi Tempat pergantungan sejati Menyuluh Nur dalam hidup Tidak pernah melupakan Tak mungkin membiarkan terkapai-kapai sendirian Tidak ada majlis begemerlapan, sekadar undangan minum petang buat keluarga akrab dan jiran-jiran terdekat. Sama-sama mengamin doa kesejahteraan sempena ulangtahun k...

Puan Nor Hanani dan Aidiladha

Selamat Pengantin Baru untuk Nani dan pasangan. Tahniah semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Minta maaf tak dapat datang. Si kecil sewaktu entri ini ditulis sedang sakit. Masih demam. Kasihan Adik Ngah, baru je badannya pulih. Semoga Adik Ngah cepat sembuh. Amin. Bakal pengantin sedang menolak troli. Nani sebenarnya ada antara barang yang awak tolok tu adalah hadiah daripada kami untuk awak. Jangan marah ya, tak ada kejutan dan bakal pengantin sendiri kena tolong tolak troli. Selepas ini bolehlah mengaplikasikan segala resipi-resipi yang ada dalam simpanan dan yang paling penting, bolehlah masak dan bawa, bagi kami semua rasa air tangan awak. Selamat menyambut Aidiladha untuk semua umat Islam. Tahun ini Aidiladha jatuh pada hari Jumaat, Haji Akhbar. Alhamdulillah. Tahun akan datang belum tentu sempat meraikan hari bahagia ini. Mengingatkan kata-kata seseorang kepada saya, "Kita makan daging sampai dapat sakit, ada orang belum tentu merasa daging" Umat Islam di Kemboja...

Super Model

Kebelakangan ini telefon saya selalu jadi mangsa seorang (ops, rasanya lebih daripada itu. Bukan seorang...) daripada model di dalam gambar ini. Banyak betul gambar mereka dalam ruang galeri telefon saya. Suka sangat bergambar. Bagi peluanglah. Julung-julang kalinya inilah saya mempersembahkan, model yang menggayakan tudung lycra awning Thai silk, saiz S. Harga RM30 setiap satu. Berminat?

C.I.N.T.A Katrina

Adam - Cinta Katrina Air mata bergenang di tubir mata saya. Sehabis Katrina meluahkan isi hatinya pada Adam, pipi saya sudah basah. Sungguh simpati saya, melimpah ruah untuknya. Sepanjang saya mengikuti drama bersiri Nur Kasih , ini kali pertama hati saya sangat tersentuh. Sangat-sangat. Saat semua watak; Adam, Nabila, Aidil, Mak Jah dan Aliya menuturkan, “Kasihan Nur.” Hati saya lebih belas dengan Katrina. Mengenangkan pengorbanan cinta Katrina. Mengenangkan nasib cinta Katrina. Demi cinta Katrina berikan dorongan untuk Adam pulang. Meskipun sepemergian Adam tanpa berita, demi cinta Katrina menunggu dengan setia. Kemuncak cinta Katrina dan Adam bersatu. Demi cinta Katrina putus hubungan anak dan bapa. Demi cinta Katrina korbankan cita-cita. Cahaya mata yang diharapkan mengikat cinta dijemput Penciptanya. Ujian cinta Katrina, keupayaan memperoleh zuriat lagi sudah tiada dek kerana bencana. Bencana yang diundang Adam. Adam mabuk ketika memandu. Demi cinta Katrina tetap terima Adam b...

Berbunga Di Hati

Pernah lihat bunga ini? Sudah agak lama saya tidak turun padang menjenguk kebun kecil di belakang rumah. Sepanjang minggu hujan turun. Jalan sesak, saya sampai lewat. Anak-anak merengek dan menangis minta perhatian. Malam tadi, saya petik beberapa helai daun kesum. Hajat di hati nak masak asam rebus ikan kembung. Saya terperasan ada bekas cengkerang siput babi di dalam pasu sayur kucai. Alamak! Pokok-pokok saya, alahai. Petang Jumaat kebiasaannya memang jalan sesak teruk. Alhamdulillah, kali ini tidak begitu teruk. Selepas menyusukan Adik Ngah, saya tinjau kebun. Wah cantiknya, cantiknya! Subahanallah, cantiknya bunga ini. Saya tidak pernah lihat bunga ini. Bunga putih halus dan kecil-kecil. Hati saya berbunga gembira. Ehhhmmm ini ayat dalam novel yang selalu anda jumpa. Harap maaf tuan rumah sangat gembira (keterlaluan la pula!). Sebenarnya saya ingatkan daun sup dan daun bawang yang saya tanam dalam satu pasu ini hayatnya tak lama. Minggu lepas tak ada tunas-tunas baru pun. Sebe...

Online Contest - Senyuman Ceria Si Comel

Tertarik sangat dengan peraduan ini walaupun tarikh tutupnya dah nyawa di hujung tanduk. Peraduan senyum ceria si comel, bukan peraduan siapa yang paling comel atau siapa yang paling cantik. Tak kira nak masuk jugalah. Walaupun ambil gambar guna kamera biasa yang tak canggih dan blog emaknya tak menarik, tak kisahlah. Memperkenalkan si comel penawar dan kesayangan saya: Inilah Syafiah (penawar) lara di hati saya. Umurnya baru 2 tahun, 10 bulan. Cepat mengajuk, meniru perbuatan atau percakapan yang dilihat dan didengarnya. Suka sangat bergambar. Dek kerana matanya yang sepet, pipinya yang gebu - menyebabkan tiap kali tersenyum lebar - pasti nampak segaris je matanya. Tapi itulah juga yang menawan hati emaknya. Nur Ramadhan... Kak Long nak solat Maghrib Inilah bear kesayangan Kak Long Setiap kali ada kek, setiap kali itulah 'Hari Jadi Kak Long' Trip dari Terengganu dan Kelantan... letih pun senyum Tersangatlah cerianya Balik beraya kat kampung Dalam dem...

Oh lagi?!

Lagi, selepas ini apa pula? Saya harap ini yang terakhir dan tidak ada lagi penyamun tarbus. Cukuplah. Suami melilau mencari sandalnya. Terakhir dipakai ketika membeli barang keperluan rumah Isnin lalu. Suami memang susah hendak mencari saiz kasut atau sandal yang sepadan dengannya. Seharian hari ini mencari. Akhirnya mendapati sepasang kasut sukannya juga turut hilang. Kasut itu masih baru lagi. Kerja siapa kalau bukan penyamun tarbus? Maksudnya kejadian ini berlaku dalam minggu ini juga. Rak kasut kami pindahkan ke dalam rumah. Jujurnya saya masih lagi bimbang. Rasa tidak selamat. Pernah sekali seorang lelaki menyamar, katanya kami minta dia baiki air cond. Mujur pembantu kami tidak buka walau pintu pagar sekalipun. Dia tak matikan enjin motornya pun. Malah topi keledarnya tak ditanggalkan dan motor diletakkan di rumah Abang Zuli. Pembantu kami tak perasan nombor pendaftarannya kerana terlindung. Pembantu tanyakan nama kami tetapi dia mengelak. Akhirnya pembantu hubungi suami. Cepat...

Kenduri Kesyukuran & Rumah Terbuka

Alhamdulillah kenduri kesyukuran merangkap rumah terbuka sempena hari raya usai sudah. Majlis dimulakan dengan doa kesyukuran, tahlil serta bacaan yassin. Menu hidangan: nasi minyak, nasi putih, ayam masak merah, rendang tok, gulai daging, acar, ikan masin, ulam terung, kacang kelisa, lemang, ketupat, satay, kuah kacang, nasi impit, lodeh, sambal tumis, tapai, kuih akok. Sedikit kekalutan kerana tetamu ada yang tiba awal sedangkan makanan masih belum dihidangkan dengan sempurna. Lebih kalut lagi ketika tetamu sedang menikmati hidangan, bekalan air pula terputus. Rasa darah menyerbu muka. Oh tidak!!! Kawasan perumahan ini memang selalu sangat terputus bekalan air. Suami minta tetamu kami menggunakan sudu dan garfu. Bekalan air tidak juga pulih sepenuhnya menjelang Zohor. Ramai saudara mara termasuk Mak Ayah serta mertua saya memilih untuk solat Zohor di surau sahaja. Sesuatu yang tak terduga, Sha datang dengan Amran dan adiknya, Lina. Begitu lama tak berjumpa. Tiga tahun rasany...

Ianya Terjadi Juga

Perkara yang saya paling takuti itu terjadi juga. Lebih kurang pukul 11:00 pagi ketika kami sekeluarga sedang melihat gambar-gambar kenduri, Adik Ngah di atas dukungan saya tiba-tiba terkulai. Mata hitamnya tegak ke atas. Kedua belah tangannya digenggam kuat. Muka Adik Ngah pucat. Mujur Mak Ayah belum lagi bertolak balik. Mak cadang hendak ikut kami ke klinik kerana lututnya sangat sakit. Mak, Ayah dan adik lelaki bongsu ambil alih usaha memulihkan Adik Ngah. Baju Adik Ngah dibuka. Mak jelum kepala dan seluruh badan Adik Ngah dengan air. Walaupun Adik Ngah diserang fit tidak sampai 10 minit, saya rasa sangat-sangat gusar dan sedih. Mengenangkan sekali diserang fit , Adik Ngah berkemungkinan akan diserang fit lagi. Sekiranya berterusan sehingga umurnya enam tahun, penyakit ini akan kekal sehingga dewasa. Hati mana yang tidak rungsing. Saya memang sedari awal pagi memaklumkan suami, saya mahu Adik Ngah dibawa ke klinik. Tertangguh sebab melepaskan dulu keluarga mertua bertolak balik ...

Mini Garden

Tanah sekangkang kera di belakang rumah ni, ayahanda tercinta tanam serai, pokok kari, kunyit, lengkuas, pandan, kesum (orang Perak panggil cendehum... betul ke ejaannya), halia. Emak kesayangan bagi sepasu pokok kucai. Ayah memang minat berkebun. Tanah sekeliling rumah kami di kampung, macam-macam Ayah tanam ubi keledek, bendi, terung, cabai, pisang, tebu, sampai bagi jiran-jiran, kawan-kawan sebab dah terlalu banyak. Ayah dan emak hendak menyenangkan saya sebenarnya. Kebetulan kedai runcit jauh dari rumah. Nah inilah hasilnya.Halia ini Emak tanam dalam pasu. Ambil sikit untuk masak makan malam ini. Ya, tuan rumah tanam apa? Oho saya? Saya tanam pokok bawang dan pegaga. Baru lagi hari Isnin minggu ini, tak tahulah nasibnya macam mana. Pernah tanam cabai tapi tak tumbuh. Macam manalah nak tumbuh kalau tabur cabai yang dah tak guna je kat situ kan. Sebenarnya tanah ini banyak batu-batu, susah sikit pokok nak hidup subur. Wah, wah... bukan lagi ye... eh ni bukan alasan tau, meman...

Aidilfitri 1430 Hijrah

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin Ada beberapa perkara sebenarnya tapi dalam hati dan fikiran sekarang ada satu perkara yang sangat menggangu – tentang raya juga. Hari ini ada jamuan raya di tempat kerja. Besar-besaran. Kebiasaannya juga kerana kami di sini bekerja di bahagian operasi, bukan semua boleh memeriahkan suasana sekaligus. Arahan: semua boleh pergi tetapi berperingkat. Ya, ini perkara yang sangat-sangat biasa. Lumrah! Kebetulan pula jadual rehat saya minggu ini pukul 1:00 pm terus saja saya bergerombolan dengan yang seangkatan pergi tanpa pamit. Adalah insiden memalukan di tempat kejadian tetapi saya pekakkan telinga dan butakan mata saja tetapi yang ini, yang menggangu minda apabila OOOPPPSSS tidak semena-mena ada yang tarik muka 14. Huh! Tak faham kan, tak apalah lupakanlah… lupakan. Lupakanlah, lebih baik ingat ais kacang @ ABC yang sangat sedap tadi. Lagipun kita semua baru je bermaaf-maafan, janganlah marah nanti kena jual! Perkara kedua tentang ...

Roti Lapis Berdaging

Hari ni nak buat roti lapis berdaging untuk berbuka. p/s ini gambar ketika jamuan perpisahan untuk Mohd Syahir. Roti ini permintaan Syahir dan Nani. Kiranya ini kali yang kedua bawa roti lapis berdaging untuk jamuan di tempat kerja kami. Resipi? Nanti ye, saya cari sebab salin dari internet je.

Ramadhan

Alhamdulillah. Ramadhan datang lagi. Kali ini lebih mencabar. Ramadhan lepas Kak Long masih kecil lagi. Adik Ngah pun belum lahir lagi. Kali ini umur Kak Long dah dua tahun sembilan bulan. Kak Long akan sibuk sama hendak berbuka. Kena layan Kak Long dulu. Macam biasa, Kak Long hendak makan suap sendiri. Waktu sibuk-sibuk hendak berbuka inilah, dia sibuk hendak pilih mangkuk warna apa yang dia suka, gelas warna apa yang dia suka. Sekejap dia hendak makan dengan tangan. Sekejap dia minta sudu garfu. Dua tiga kali dia tanya, betulkah makan dengan tangan kanan? Mengapa mesti guna tangan kanan? Nasib baiklah waktu memasak dia tak mengacau sangat. Bulan puasa ni, cuma hari minggu je pergi ke Pasar Ramadhan, hari-hari lain masak je apa yang sempat. Adik Ngah pun kadang-kadang sibuk juga. Menangislah apa lagi kan. Tambah-tambah masa sahur, kadang-kadang Adik Ngah pun sahur sekali. Nasib baiklah Kak Long nyenyak tidur. Kak Long memang belum berpuasa pun tetapi dia mahu juga ikut lagak-lagak ma...

Salam

Seingat saya blog pertama yang saya baca sekitar tahun 2001, tuannya namakan ianya seluas angkasa . Mulanya saya hanya silent reader , kemudian saya jadi kerap meninggalkan jejak (komen dalam blognya...) dan ada kiriman saya yang beliau paparkan (gembira tau masa tu...). Ada karangan saya untuk beliau, ditampal di dalam fotopages orang lain (ini saya jumpa sendiri, takteh.fotopages.com). Petanda beliau punya begitu ramai peminat. Atas dasar persahabatan, saya terima undangan beliau meraikan majlis perkahwinannya di Melaka. Itulah kali pertama dan setakat hari ini, kali terakhir saya bersemuka dengan beliau sekeluarga. Saya ikuti perkembangan beliau hingga kini. Ketika beliau sekeluarga diuji dengan ujian yang sangat getir, kehilangan Amir Yusuf . Detik itu, saya kira lebih ramai yang membaca blog beliau. Begitu istimewa arwah anakanda dititipkan doa ratusan pembaca blog ayahnya. Melalui seluas angkasa ini, saya kenal blog-blog yang lain. Antara yang paling saya rajin singgah adalah b...