Skip to main content

Ramadhan

Alhamdulillah. Ramadhan datang lagi. Kali ini lebih mencabar. Ramadhan lepas Kak Long masih kecil lagi. Adik Ngah pun belum lahir lagi. Kali ini umur Kak Long dah dua tahun sembilan bulan. Kak Long akan sibuk sama hendak berbuka. Kena layan Kak Long dulu. Macam biasa, Kak Long hendak makan suap sendiri. Waktu sibuk-sibuk hendak berbuka inilah, dia sibuk hendak pilih mangkuk warna apa yang dia suka, gelas warna apa yang dia suka. Sekejap dia hendak makan dengan tangan. Sekejap dia minta sudu garfu. Dua tiga kali dia tanya, betulkah makan dengan tangan kanan? Mengapa mesti guna tangan kanan? Nasib baiklah waktu memasak dia tak mengacau sangat. Bulan puasa ni, cuma hari minggu je pergi ke Pasar Ramadhan, hari-hari lain masak je apa yang sempat. Adik Ngah pun kadang-kadang sibuk juga. Menangislah apa lagi kan. Tambah-tambah masa sahur, kadang-kadang Adik Ngah pun sahur sekali. Nasib baiklah Kak Long nyenyak tidur.

Kak Long memang belum berpuasa pun tetapi dia mahu juga ikut lagak-lagak macam dia berpuasa. Apabila diberitahu, "Kak Long orang puasa tak boleh minum", dia akan simpan botol susu dia sekejap ataupun waktu dia tengah menyusu, kita tanya, "Eh Kak Long tak puasa ke?". Dia jawab, "Puasa". "Puasa mana boleh minum". Dia berhenti menyusu. Walaupun cuma usik-usik dia je tapi sekurang-kurangnya dia boleh belajar, puasa tak boleh makan dan minum. Alhamdulillah.

Malam semalam waktu tengah solat Maghrib, Kak Long menangis. Kak Long pun nak solat juga. Selama ni dia memang suka ikut-ikut solat (ye main-main yang banyak). Selepas solat tu, pujuklah dia ajak dia baca buku panduan solat. Buku ni dah lama suami beli (waktu Kak Long 4 bulan umurnya) tapi belum pernah bagi Kak Long baca. Berhenti menangislah dia tengok buku baru. Pakailah tudung Mak dia dan hamparlah sejadah kecil. Dapat belajar sikit-sikit. Alhamdulillah. Tumpuan anak kecil bukannya lama pun.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...